FianieEshop&COMELSStore.blogspot

FianieEshop&COMELSStore.blogspot
FianieEshop&COMELS Store.blogspot merupakan blog yang Menjual barang serbaneka secara online. Blog ini diwujudkan untuk menjadi medium perkongsian dan info -info tentang produk2x yg terdapat di kedai kami..semoga blog ini menjadi manfaat utk semua pelanggan mahupun yang sudi menyinggah ke blog ini..Sila klik pada gambar banner kedai kami di atas untuk terus ke kedai online kami. sekian terima kasih..

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman . Set pembelajaran anak-anak yang pasti buat anda teruja. Klik pada banner diatas untuk info lanjut dan tempahan. Agent juga dikehendaki!

Selasa, 8 Januari 2013

Petua & Pantang Larang Semasa Hamil

Assalamualaikum wbt 

 Salam petang semua utk pelanggan2 FianieEshop. 

 Di sini, owner FianieEshop nak share satu artikel yg sangat bagus utk ibu2 yang sedang hamil. Ada yang boleh diikut dan ada juga yang ikut logik ye. Tp majority yg kat bawah ni bagus jika boleh dijadikan panduan ye. Petua dan pantang larang semasa mengandung Pantang larang orang dulu-dulu (Kalau boleh jangan letakkan kepercayaan 100%, cuma amalkan dengan menganggap tips ini berdasarkan pengalaman mereka - orang lama-lama) 

 1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, mengania atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat. 

2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti. 

3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal 

4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi 

5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan -mengenan kat bayi 

6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik. 


 Nasihat lain:

  1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat. 

2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya. 

3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah. 

4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar. 

5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin. 

6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi. 

 Nasihat Pemakanan:

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran. 

2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin. 

3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan -sebab nanti air mentuban berbau busuk. 

4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek. 

5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran. 

6) Air tebu 

- Elakkan! Banyakkan :- 

 1) Minum air susu dan air masak 

2) Makan buah2an dan sayur2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar. 

3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah. 

4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin. 

5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.

 Amalan di hujung kandungan : 

 1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin. 

2) Minum air kelapa (dinasihatkan untuk kandungan 5 bulan dan ke atas) bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir) 

3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti. ;) 

 Sumber : Internet + ditambah berdasarkan pengalaman admin EzZehra Online Boutique sendiri :) 

 Anyway, cuba lah belek2 album produk berpantang daripada FianieEshop :Klik Sini untuk ke album. 

 Atau boleh hubungi saya pemilik kedai Puan Hafizah di talian 0173510627(call/sms/whatsapp Atau emailkan ke fianiedeco@gmail.com Dibawakan dengan penuh kasih sayang dari kami semua untuk anda pelanggan kami yang udiman =)

1 ulasan:

ummu aisya berkata...

artikel yang sangat menarik.

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger