Assalamualaikum wbt
Flashcard cover baru..isi baru...dan ada panduan guna kad imbas serta tips mengajar anak al-quran dari ustazah aisyah...kad ade 48 keping..sedang dicetak beribu ribu unit sekarang..tunggu kemunculannya..
PANDUAN MENGAJAR FLASHCARD KEPADA SI KECIL DAN MENDIDIK ANAK MENGHAFAZ AL-QURAN OLEH USTAZAH AISHAH
Perbezaan masa dan zaman menjadikan perkembangan pembelajaran dan teknik mengajar anak-anak juga berbeza.Jika dahulu, suatu keajaiban bila kanak-kanak usia 4 tahun boleh membaca buku, tetapi pada hari ini, ia hampir menjadi perkara yang biasa.Begitu juga, jika 10 tahun lalu, agak mustahil untuk melihat anak seusia dua dan tiga tahun meghafaz Al-Quran, kini dengan adanya kajian, cubaan dan pengalaman, ia bukanlah suatu perkara yang mustahil lagi. Ramai anak-anak kecil seawal usia dua dan tiga tahun sudah mampu membaca dan menghafal surah-surah mudah dari Al-Quran hasil dari didikan dan tunjuk ajar ibu bapa.Malahan, dengan peredaran masa ini juga, masyarakat mula sedar dengan kemajuan kebolehan kanak-kanak dan pelbagai usaha dan alat bantu mengajar yang berada di pasaran boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa.Antara 2 aspek utama untuk kanak-kanak mudah membaca dan menghafal Al-Quran:
PERTAMA: Diperkenalkan dengan huruf-huruf Al-Quran dari usia bayi lagi.KEDUA: Sentiasa diperdengarkan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.- Soalan
1: Bagaimana ingin perkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi?Jawapan: Antara teknik memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi:1- Sentiasa menunjukkan ‘flash card’ huruf Al-Quran dan menyebutkannya dengan jelas kepada bayi.
2- Jangan pegang flash card terlalu jauh kerana keupayaan penglihatan bayi agak terhad pada awal usia mereka.
3- Tarik perhatian bayi untuk melihat flash card tersebut dengan menggunakan gaya dan suara yang gembira supaya bayi dapat merasakan sesi pembelajaran mengenal huruf Al-Quran adalah satu sesi yang menyeronokkan, digemari dan ditunggu-tunggu.
4- Lakukan sesi pembelajaran ini ketika bayi dalam keadaan baik dan tenang seperti selepas mandi, sudah kenyang dan sudah cukup tidur dan bersedia untuk bermain (belajar).
5- Jangan pula ibu cepat merasa jemu dan berputus asa jika bayi tidak menunjukkan reaksi dan minat terhadap flash card yang ditunjuk. Jadikan video kejayaan bayi yang lain mengenal huruf-huruf Al-Quran sebagai bahan motivasi anda untuk terus konsisten dalam mengajar dan sematkan dalam diri bahawa bayi anda juga MAMPU untuk melakukannya.
6- TAHNIAH Jika bayi itu lebih berminat untuk mengoyak, mengenggam, menarik flash card tersebut, memasukkan dalam mulut (tapi hati-hati jangan sampai tercekik) kerana ini bermakna, bayi itu tertarik dengan flash card, sedar dengan kewujudan huruf tersebut dan ingin beramah mesra dengannya.Kerana itulah anda perlu miliki beberapa set flashcard sebagai ‘spare’ kepada flash card yang sudah lunyai dalam ‘sesi beramah mesra’ bersama bayi anda.
7- Mulakan dengan huruf-huruf yang mesra bayi seperti مَ – بَ – تَ dan simpan dahulu huruf-huruf yang sukar seperti خَ – ضَ – ظَ .
8- Lakukan aktiviti ‘bermain’ dengan flash card ini sekerap mungkin. Makin kerap anda ‘bermain flash card’ dengan bayi, makin mesra bayi dengan huruf-huruf tersebut dan ia mempercepatkan proses mengenal dan membaca Al-Quran.
9- Lekatkan juga flashcard pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh bayi seperti dikatilnya, di ruang tamu dan di dinding bilik dan lain-lain.
10- Sediakan juga flash card dalam beg tangan anda atau di dalam kenderaan anda, supaya anda boleh menayangkan flash card sekerap mungkin dan di mana sahaja. Contohnya: kebanyakkan bayi suka menaiki kereta dan diam bila berada dalam kereta, anda boleh menggunakan detik ‘tenang’ bayi ketika ini untuk ‘bermain’ flash card huruf-huruf Al-Quran denganya.
11- Apabila bayi sudah ‘mesra’ dengan flash card, anda boleh mengujinya dengan menyusun dua atau tiga kad, sebut huruf dan bayi akan mengambil kad yang disebut hurufnya. Tahniah, anda berjaya memperkenalkan huruf Al-Quran kepada bayi anda
PM inbox fb page di Comels: Child of Mine Exciting Little Store for order
Or
SMS/Wassap : 0173510627 for fast reply!
Utk borong : email ke fianiedeco@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan