FianieEshop&COMELSStore.blogspot

FianieEshop&COMELSStore.blogspot
FianieEshop&COMELS Store.blogspot merupakan blog yang Menjual barang serbaneka secara online. Blog ini diwujudkan untuk menjadi medium perkongsian dan info -info tentang produk2x yg terdapat di kedai kami..semoga blog ini menjadi manfaat utk semua pelanggan mahupun yang sudi menyinggah ke blog ini..Sila klik pada gambar banner kedai kami di atas untuk terus ke kedai online kami. sekian terima kasih..

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman . Set pembelajaran anak-anak yang pasti buat anda teruja. Klik pada banner diatas untuk info lanjut dan tempahan. Agent juga dikehendaki!

Sabtu, 10 Mac 2012

Mengajar Membaca Dengan Bacalah Anakku 1

Tip Untuk Ibubapa :

Dapatkan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku(murah je RM36.90. Lebih murah daripada gelang Zhulian yang paling murah).
Tengok VCD Panduan Mengajar Bacalah Anakku(Diberi percuma bersama set Bacalah Anakku)

PANDUAN AM MENGAJAR:
1. Sesi bacaan mestilah pendek, 5-10 minit saja, 2 -3 kali sehari.

2.Berhenti sebelum jemu! kalau tumpuan anak 2 minit aje, 1.59 minit mesti stop.

3. Pilih tempat sesuai - jauh dari gangguan. Jangan ngajar depan TV. TV tu kalau tutup dengan kain hitam pun distract anak-anak.

4. Keep cool. Parentsla ye. Sebaba saya cadang sesi ngajar pendek.. takut-takut parents yang tak boleh sabar.

5. Selalu puji masa ngajar. Lebih-lebih puji pun tak pe. Pandai sebut /a/, bagi hi-5.

6. Bila mengajar mesti ceria selalu. Jadikan sesi mengajar FUN. Buat Teknik Asosiasi Aksi, nyanyi lagu fonik & main seperti rebut-rebut bunyi, memory game dsbnya.

7.Kalau habis Buku 1, boleh belikan hadiah. Jack la sikit supaya dia seronok nak belajar Buku 2 pulak.

8. JANGAN LUPA, ajar 'BUNYI HURUF bukan nama huruf a(ei), b(bi, c(si).

9. Bila ajar baca perkataan, ajar GABUNG BUNYI, bukan ngeja sukukata atau hafal sukukata ba bi bu be be bo.

10. Akhir sekali, bila ngajar, ikut susunan buku.

Dan JANGAN sekali-kali PRESSURE anak. Seorang ibu atau bapa sepatutnya tahu samada anaknya dah ready atau tidak nak belajar membaca. Bila saya cadang boleh mula pada umur 3 tahun, kita pun terus ajar pada hari jadinya. Kita kena tahu tak semua ready nak belajar membaca pada umur 3 tahun. Sesetengah anak laki lambat sikit.

Mengikut kajian luar negara, bahagian otak yang digunakan untuk membaca bagi kanak-kanak lelaki 5 thn adalah sama dengan kanak-kanak perempuan 3 1/2thn. Kedua anak lelaki saya memang lambat menguasai kemahiran membaca berbanding dengan anak-anak perempuan saya. Tetapi semenjak 12 tahun menerbitkan Bacalah Anakku, saya telah bertemu banyak anak lelaki yang dapat membaca pada umur 4 tahun lebih.

Tiada ulasan:

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger