FianieEshop&COMELSStore.blogspot

FianieEshop&COMELSStore.blogspot
FianieEshop&COMELS Store.blogspot merupakan blog yang Menjual barang serbaneka secara online. Blog ini diwujudkan untuk menjadi medium perkongsian dan info -info tentang produk2x yg terdapat di kedai kami..semoga blog ini menjadi manfaat utk semua pelanggan mahupun yang sudi menyinggah ke blog ini..Sila klik pada gambar banner kedai kami di atas untuk terus ke kedai online kami. sekian terima kasih..

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman . Set pembelajaran anak-anak yang pasti buat anda teruja. Klik pada banner diatas untuk info lanjut dan tempahan. Agent juga dikehendaki!

Selasa, 1 Mei 2012

Islamic Books For Kids: Muqaddam Bergambar

Assalamualaikum


Salah satu buku paling LARIS kat COMELS STORE adalah Muqaddam Bergambar =)


Since ramai juga yang tanya mengenai apa itu Muqaddam bergambar, meh sy crita serba sedikit :) Ramai tanya- brapa page, ada surah apa, alif ba ta ada tak, etc etc

Muqaddam Bergambar ni, memang ada gambar :D Comel2 kartunnya. Kat setiap surah, ada kartun :) Ada surah yang, satu muka surat ada kartun, maksudnya background tu kartun, DI tepi-tepi mukasurat pun ada kartun. Tu utk surah Al- Fatihah. Ada surah pulak, atas dan bawah surah ada kartun, ada surah yg panjang pulak, kartunnya kat awal surah.


Kartun2 ni represent surah tentang apa. Cam contoh surah al-'aadiyat, surah tentang kuda perang kan. Jadi ada gambar kartun kuda skali kat ctu ;) Kalau contoh surah al-ikhlas tentang keesaan Allah, atau Allah itu satu. Jadi kat situ ada gambar org solat kat masjid secara berjemaah, dan juga gambar org tgh sembah pokok, tapi org lain yg tgk buat muka tak best, nak cakap sembah pokok tu dosa, Allah tak suka, manusia pun pasti tak suka! :)


Muqaddam ni tiada alif ba ta :) Ia nya dimulakan dengan Surah Al- Fatihah, dan lengkap dengan 30 surah Juz 'Amma. Dari surah An-Naba' hingga surah An-Nas, semua ada. Ada 88 muka surat penuh warna :)

Biasanya saya akan di tanya, sesuai utk umur brapa? Saya suka utk tidak tetapkan umur yg sesuai :) Biasa saya jawab- sesuai bermula setahun lebih, bergantung kepada cara ibu bapa bacakan Muqaddam tu kepada anak masing- masing :) Tak perlu kenalkan dgn alif ba ta dulu kalau nak anak menghafal surah :) Saya akn huraikan lebih lanjut pasal ni ek. Contoh cam Kak Idah, dia stat ngan anak dia masa umur 2 tahun, alhamdulillah anak dia dah boleh hafal 5 surah Juz Amma!! =)) Cara-cara Kak Idah ajar Damia, puterinya, insya-Allah akn saye kongsikan pada entry berikut, biiznillah.. :)

Jenis kertas Muqaddam pulak, bukan plastik. Muqaddam ni kertas nya jenis kualiti tinggi, macam kertas dalam buku teks Tingkatan 5.

Yang paling best, Muqaddam Bergambar ni disertakan dengan PERCUMA CD Juz Amma =) CD Juz Amma ni boleh di pasang dalam kereta semasa nak ke taska atau tadika. Qarinya adalah Misyari Rashid =) CD Juz Amma ni boleh membantu anak kita menghafal surah. Selain dari pasang CD nasyid dalam kereta, apa kata kita selang-seli dgn pasangkan CD Juz Amma :) Anak ni mudah serap apa yg kita dedah kan kpd dia. Macam span- apa yg dia dengar, nampak, semua tu dia serap dan akan echo immediately!

Setakat ni, itu je kot yang saya boleh crita tentang Muqaddam Bergambar. Ni based on frequent asked questions ;) Kalau ada lagi soalan berkaitan Muqaddam Bergambar ni, insya-Allah saya akan catatkan lagi :)

Oh lupa nak cakap, Harga untuk Muqaddam Bergambar ni, PLUS PERCUMA CD Juz Amma, RM 15, exclude postage :) Poslaju ke negeri semenanjung Malaysia, RM 6. Tapi kalau anda berminat nak jadi agent pun boleh ;))

Utk order atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :)


PM FB COMELS : Child Of Mind Little Store


SMS/Call 0173510627
Email comels@islamicbooks.com.my
BOLEH JUGA BELI VIA CART dikedai online saya : FianieEshop

Tiada ulasan:

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger