Bacalah Anakku
Set belajar membaca dah masuk Islamic Books for Kids! =)
Untuk hari ni, saye ceritakan pasal set Bacalah Anakku ek : )
Set Belajar Membaca dalam Bahasa Melayu. Set ni menggunakan kaedah fonetik. Ada 8 buku, 1 buku panduan mengajar, 1 VCD dan 12 set flashcard suku kata dalam satu
Nak cerita, saya ni tak pernah lah belajar eja bahasa melayu guna set ni. Tapi hari tu Huda btau, bagus set ni. Kakak ipar Huda menetap lama di oversea. Ini membuatkan anak sedara dia tak reti langsung baca bahasa melayu. Pastu bila balik Malaysia, kakak ipar tu beli set ni, dan Alhamdulillah, dalam masaSEBULAN JE, anak sedara tu dh pandai bahasa melayu =)
Mak pernah kongsi tentang kaedah fonetik, sebab Mak sendiri gune kat kitorg :P (tapi bukan set ni lah) - Kaedah fonetik ni guna kaedah kenal bunyi terlebih dahulu. Contoh, huruf 'a' bunyinya 'aa'. Senang budak2 nak tangkap bunyi dulu. Berbanding tengok huruf dulu. Banyak juge buku parenting yg
saya baca emphasize, kalau nak anak cepat membaca, JANGAN KENALKAN HURUF A B C terlebih dahulu. Tapi KENALKAN DENGAN BUNYI HURUF, atau ajar eja guna word recognition. Sebab kalau budak kenal a b c dulu, dia akan keliru. Apasal bila sambung huruf B dgn A bunyi nya lain.Yang dia tahu, huruf B bunyi 'bi' bukan 'beh'. Macam mana pulak nak sambungkan dan buat bunyi? Budak2 akan keliru kat situ. Kalau kaedah fonetik, dia akan ajar B berbunyi 'Beh'. A berbunyi 'aa' Jadi bila B bertemu A, dia akan jadi 'beh' 'aa'. Cube sebut adik2, beh aa --> beh.aaa--> baa ;) Nak tahu pelajaran lanjut? Meh la beli satu :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan