FianieEshop&COMELSStore.blogspot

FianieEshop&COMELSStore.blogspot
FianieEshop&COMELS Store.blogspot merupakan blog yang Menjual barang serbaneka secara online. Blog ini diwujudkan untuk menjadi medium perkongsian dan info -info tentang produk2x yg terdapat di kedai kami..semoga blog ini menjadi manfaat utk semua pelanggan mahupun yang sudi menyinggah ke blog ini..Sila klik pada gambar banner kedai kami di atas untuk terus ke kedai online kami. sekian terima kasih..

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman . Set pembelajaran anak-anak yang pasti buat anda teruja. Klik pada banner diatas untuk info lanjut dan tempahan. Agent juga dikehendaki!
Memaparkan catatan dengan label AJAR ANAK MEMBACA AWAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AJAR ANAK MEMBACA AWAL. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mei 2013

Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta (terbaru!)




Assalamualaikum wbt


Flashcard cover baru..isi baru...dan ada panduan guna kad imbas serta tips mengajar anak al-quran dari ustazah aisyah...kad ade 48 keping..sedang dicetak beribu ribu unit sekarang..tunggu kemunculannya..

PANDUAN MENGAJAR FLASHCARD KEPADA SI KECIL DAN MENDIDIK ANAK MENGHAFAZ AL-QURAN OLEH USTAZAH AISHAH

Perbezaan masa dan zaman menjadikan perkembangan pembelajaran dan teknik mengajar anak-anak juga berbeza.Jika dahulu, suatu keajaiban bila kanak-kanak usia 4 tahun boleh membaca buku, tetapi pada hari ini, ia hampir menjadi perkara yang biasa.Begitu juga, jika 10 tahun lalu, agak mustahil untuk melihat anak seusia dua dan tiga tahun meghafaz Al-Quran, kini dengan adanya kajian, cubaan dan pengalaman, ia bukanlah suatu perkara yang mustahil lagi. Ramai anak-anak kecil seawal usia dua dan tiga tahun sudah mampu membaca dan menghafal surah-surah mudah dari Al-Quran hasil dari didikan dan tunjuk ajar ibu bapa.Malahan, dengan peredaran masa ini juga, masyarakat mula sedar dengan kemajuan kebolehan kanak-kanak dan pelbagai usaha dan alat bantu mengajar yang berada di pasaran boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa.Antara 2 aspek utama untuk kanak-kanak mudah membaca dan menghafal Al-Quran:


PERTAMA: Diperkenalkan dengan huruf-huruf Al-Quran dari usia bayi lagi.KEDUA: Sentiasa diperdengarkan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.- Soalan 


1: Bagaimana ingin perkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi?Jawapan: Antara teknik memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi:1- Sentiasa menunjukkan ‘flash card’ huruf Al-Quran dan menyebutkannya dengan jelas kepada bayi.

2- Jangan pegang flash card terlalu jauh kerana keupayaan penglihatan bayi agak terhad pada awal usia mereka.


3- Tarik perhatian bayi untuk melihat flash card tersebut dengan menggunakan gaya dan suara yang gembira supaya bayi dapat merasakan sesi pembelajaran mengenal huruf Al-Quran adalah satu sesi yang menyeronokkan, digemari dan ditunggu-tunggu.

4- Lakukan sesi pembelajaran ini ketika bayi dalam keadaan baik dan tenang seperti selepas mandi, sudah kenyang dan sudah cukup tidur dan bersedia untuk bermain (belajar).

5- Jangan pula ibu cepat merasa jemu dan berputus asa jika bayi tidak menunjukkan reaksi dan minat terhadap flash card yang ditunjuk. Jadikan video kejayaan bayi yang lain mengenal huruf-huruf Al-Quran sebagai bahan motivasi anda untuk terus konsisten dalam mengajar dan sematkan dalam diri bahawa bayi anda juga MAMPU untuk melakukannya.

6- TAHNIAH Jika bayi itu lebih berminat untuk mengoyak, mengenggam, menarik flash card tersebut, memasukkan dalam mulut (tapi hati-hati jangan sampai tercekik) kerana ini bermakna, bayi itu tertarik dengan flash card, sedar dengan kewujudan huruf tersebut dan ingin beramah mesra dengannya.Kerana itulah anda perlu miliki beberapa set flashcard sebagai ‘spare’ kepada flash card yang sudah lunyai dalam ‘sesi beramah mesra’ bersama bayi anda.

7- Mulakan dengan huruf-huruf yang mesra bayi seperti مَ – بَ – تَ dan simpan dahulu huruf-huruf yang sukar seperti خَ – ضَ – ظَ .

8- Lakukan aktiviti ‘bermain’ dengan flash card ini sekerap mungkin. Makin kerap anda ‘bermain flash card’ dengan bayi, makin mesra bayi dengan huruf-huruf tersebut dan ia mempercepatkan proses mengenal dan membaca Al-Quran.

9- Lekatkan juga flashcard pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh bayi seperti dikatilnya, di ruang tamu dan di dinding bilik dan lain-lain.

10- Sediakan juga flash card dalam beg tangan anda atau di dalam kenderaan anda, supaya anda boleh menayangkan flash card sekerap mungkin dan di mana sahaja. Contohnya: kebanyakkan bayi suka menaiki kereta dan diam bila berada dalam kereta, anda boleh menggunakan detik ‘tenang’ bayi ketika ini untuk ‘bermain’ flash card huruf-huruf Al-Quran denganya.

11- Apabila bayi sudah ‘mesra’ dengan flash card, anda boleh mengujinya dengan menyusun dua atau tiga kad, sebut huruf dan bayi akan mengambil kad yang disebut hurufnya. Tahniah, anda berjaya memperkenalkan huruf Al-Quran kepada bayi anda


PM inbox fb page di Comels: Child of Mine Exciting Little Store for order
Or
SMS/Wassap : 0173510627 for fast reply!


Utk borong : email ke fianiedeco@gmail.com

Ahad, 25 November 2012

SIRI CEPAT MEMBACA (Kaedah Fonik)

Assalamualaikum wbt

hye Peminat bahan bacaan islamik especialy untuk early child education:

disini saya ingin berkongsi serba sedikit testimoni dari para pembeli kami yg telah menggunakan bahan bacaan Cepat Membaca yg menggunakan kaedah Fonik di galeri fanpage kami:

"Khadijah pandai membaca Al-Quran pada umur 4 tahun 2 bulan dengan bantuan set buku Al-Furqan. Saya beli buku Al-Furqan pada 15 Februari 2012 ketika umurnya 3 tahun 10 bulan dan menghabiskan 4 buku dalam tempoh 4 bulan sahaja. Seterusnya, saya beli Muqaddam Bergambar pada 25 Jun 2012 untuk menguji kebolehan beliau membaca Al-Quran. Macam tak percaya, anak saya dah pandai membunyikan setiap ayat Al-Quran dengan betul..ternyata keberkesanan Set Al-Furqan membantu anak saya cepat membaca Al-Quran (testimoni Puan Butiwana dari Labuan)...
Manakala anak Puan Rohayati, bernama Norani pada umur 3 tahun 8 bln sudah guna buku 8 dalam set bacalah anakku, buku 4 dalam set readeasy dan sekarang Norani dah boleh membaca.....bestnye.!!!!


OFFER FREE 3 POSTER ALIF BA TA dengan setiap pembelian 3 set buku Cepat Membaca seperti yg tertera di bawah..

berminat nak order? Hubungi saya (Sms/Whatsapp) di 0173510627 (Fiza) atau anda boleh layari kedai online saya : http://www.facebook.com/pages/Comels-Child-of-Mine-Exciting-Little-Store/337352372978395

3 Set Buku Cepat Membaca tersebut adalah:

Set Bacalah Anakku untuk ajar anak membaca Bahasa Melayu

Set ReadEasy Untuk mengajar anak membaca Bahasa Inggeris

Set Buku Al-Furqan untuk membantu anak belajar membaca Al-Quran


Panduan untuk ibubapa:

Pastikan ibubapa melihat dulu kandungan VCD sampai habis dan membaca dulu panduan mengajar yang disediakan dalam set ini.Setelah itu, barulah mula mengajar anak menggunakan VCD dan buku-buku yang ada dalam set ini.

Apa lagi, jom la order sekarang juga!

Beli 3 set membaca ini dengan FREE 3 POSTER ALIF BA TA hanya pada harga RM116 termasuk kos poslaju ke semenanjung atau RM126 termasuk kos pos ke sabah/sarawak

Ok, cara nak bayar pula..senang je..

Jika berminat, boleh buat bayaran ke akaun bank saya..sama ada 

MAYBANK or CIMB .
Email: comels@islamicbooks.com.my

Selepas bayar sms/whatsapp kepada 017-3510627 atau email kpd comels@islamicbooks.com.my.
 masa bayaran, jumlah bayaran, nama produk, nama penuh, alamat penghantaran, dan juga phone no untuk kami pos laju



Rabu, 21 November 2012

Koleksi 3 Buku Belajar Bersama Upin Dan Ipin

Assalamualaikum wbr





Koleksi Buku Upin Ipin

RM26.00

Jom Ajar Anak Solat Dengan Buku Upin Ipin. Mesti anak-anak sangat suka belajar solat dengan upin ipin.Buku yang diterbitkan bertujuan untuk ajar anak tentang Solat, daripada mengambil wudhuk hingga selesai Solat. Buku ini dapat mengajar kanak-kanak secara praktikal dengan gambaran grafik yang lengkap.






















Belajar Berpuasa Di Bulan Ramadhan Bersama Upin Ipin. Anak-anak lebih rajin berpuasa di Bulan Ramdhan Insyaallah








Belajar Sains Bersama Upin Ipin


Buku Sains bertajuk KITAR SEMULA yang berkonsepkan komik ini diilhamkan oleh Institut Terjemahan Negara dalam merangka satu perubahan bentuk baru dalam dunia pembacaan. Konsep yang baru ini mendapat kerjasama dari pihak Les’Copaque Production. Buku ini sesuai untuk pendedahan awal kanak-kanak kepada asas subjek sains dan mengalakkan kita untuk mengitar semula barangan terpakai bagi menjamin satu kualiti hidup yang sihat













Utk order atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :)

Sila layari Facebook Fanpage Store saya di : 
COMELS:Child Of Mind Exciting Little Store : 

Atau hubungi saya dengan cara :PM FB COMELS : Child Of Mind Little Store,
SMS/Call/Whatsapp: 0173510627 
Email comels@islamicbooks.com.my

Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Bahasa Melayu

Assalamualaikum wbt


Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Bahasa Melayu

Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.

Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Jadi, produk Set Bacalah Anakku ini mengikut Kaedah Fonetik

Pakej ini terdiri daripada Set Bacalah Anakku dan VCD Abu Ada Ayam

Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 983-867-239-4


Harga : RM62



Kandungan Set Bacalah Anakku seperti dibawah:

8 Buah Buku,
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak,




1 VCD Panduan Mengajar dan

12 Keping Kad Imbas







Mengenai Produk

Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.
Keistimewaan Produk


Sistem Fonetik
Suku kata mudah
Bermakna dan berulang
Dua warna
Berima
Kurang Gambar



VCD Phonic Bahasa Melayu



Kandungan Pakej: VCD lagu Abu Ada Ayam, 30 keping kad tunjuk & 1 buku mewarna


Penerbit: ReadNetwork

Tahun: Mei 2007

Mengenai Produk

Lagu Fonik Abu Ada Ayam dapat membantu guru dan ibu bapa memperkenalkan bunyi kepada pelajar melalui nyanyian dan aksi-aksi asosiasi yang menyeronokkan. Bunyi-bunyi yang diperkenalkan dalam lagu ini adalah mengikut susunan bunyi yang diperkenalkan dalam buku Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.

Keistimewaan Produk
Berasaskan Sistem Fonetik
Suku kata mudah
Bermakna dan berulang
Diiringi lagu Abu Ada Ayam (Rentak boria dan Nursery Rhyme)
Berima
Disertai Gambar




Shipping Weight: 1114gram
86 Units in Stock

Postage pos laju :
Kos Pos Laju Ke Semenanjung Malaysia (1 x 1,114.00gram) (Semenanjung Malaysia)RM9.80
Kos Pos Laju Ke Sarawak (1 x 1,114.00gram) (Sarawak)RM14.40
Kos Pos Laju Ke Sabah (1 x 1,114.00gram) (Sabah)RM17.00

Utk order atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :)

Sila layari Facebook Fanpage Store saya di : 
COMELS:Child Of Mind Exciting Little Store : 

Atau hubungi saya dengan cara :PM FB COMELS : Child Of Mind Little Store,
SMS/Call/Whatsapp: 0173510627 
Email comels@islamicbooks.com.my

Jumaat, 11 Mei 2012

Baca Pusi Menarik Jom!

Assalamualaikum

Ada puisi menarik saya nak kongsikan..

Sekiranya ibu bapa tahu..

Sekiranya ibu bapa tahu tentang tahap-tahap pembangunan otak anak dari masa
ia berada di dalam rahim ibunya....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa 40%-70% sel otak anak di dalam rahim akan
pupus jika tidak digunakan....

Sekiranya ibubapa tahu pentingnya Vitamin C, EPO, B kompleks, Zat galian,
minyak ikan dan lecithin....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa anak mampu bertutur dalam 3-4 bahasa pada
usia 3 tahun....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa anak berusia 2-3 bulan sudah mula membaca
(dengan hanya melihat & mendengar)....

Gunalah flashacard jika mahu anak membaca pada usia 2-3bulan lagi dimana kajian mendapati rangsangan flashcard adalah medium yg terbaik utk bayi.
Dapatkan flashcard di
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.337672509613048.74966.337352372978395&type=3

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa otak anak akan terencat jika ia tidur
TERLENTANG....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa anak boleh menghafal 50-60 surah pada usia
4-5 tahun....
mula kenalkan anak-anak doa-doa harian di usia setahun lagi
dapatkan buku Doa "Sehari Dalam Hidupku" dan pelbagai lagi islamik books for kids di sini :http://www.facebook.com/media/set/?set=a.355364867843812.78780.337352372978395&type=3

Biasakan anak-anak mendengar ayat-ayat suci al-quran..
Dapatkan VCD Pembelajaran anak-anak terutama VCD pendidikan islamik di
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.337635642950068.74959.337352372978395&type=3

Sekiranya ibu bapa tahu tentang keagungan budi pekerti, kesabaran dan
tawakal ....

Maka lebih ramai anak-anak kita akan memperolehi kesihatan, kewibawaan dan
intelek yang amat tinggi!
Lagi ramai ibu bapa yang sedar akan kepentingan Early Child Education (ECE), maka lagi ramai negara melahirkan anak-anak yg bijak pandai..insyaAllah.
Segalanya di Comels: Child of Mine Exciting Little Store
Sila LIKE untuk melihat pelbagai lagi produk COMELS STORE yang pasti terbaik buat anak-anak anda! =)

Anda ibubapa yang hebat, maka berusahalah untuk mendidik anak-anak juga
menjadi orang yang hebat !

Sabtu, 10 Mac 2012

Ajar Anak Membaca Awal



Assalamualaikum






Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 0 hingga 3 Bulan


1. Usap, Peluk & Cium Bayi

Saya banyak mencurahkan kasih sayang saya melalui pelukan, ciuman dan usapan. Menurut neurosaintis, sentuhan, usapan dan ciuman ibu bapa akan merangsang otak bayi untuk mengeluarkanhorman yang membantu perkembangan & pertumbuhan bayi . Kasih sayang yang anda curahkan juga akan membantu pertumbuhan dendrait bayi anda.

Usaplah badan bayi anda menggunakan paf bedak atau kapas dan pelbagai fabrik (satin, sifon, baldu, dll) daripada kepala ke kaki. Usapan daripada kepala ke kaki membantu pembentukan myelinpada neuron dan dendrait. Pembentukan myelin membolehkan rangsangan yang diterima dendraitdihantar ke otak dengan lebih cepat. Menurut Dr Susan Ludington-Hoe, ia juga membantu pengawalan koordinasi anggota badan dan perkembangan otot.

Menurut Tony Buzan, enulis buku 'Brain Child' , kasih sayang adalah 'makanan otak'(brain food) anak anda. Hal ini bermakna bayi anda amat memerlukan kasih sayang untuk menjadi anak yang pintar. Jangan sesekali risau anda terlalu manjakan(spoil) bayi anda pada tahap ini.

2. Menyusu
Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protin, karbohidarat, lemak, vitamin, mineral dan air. Kolustrum yang dihasilkan pada beberapa hari pertama akan membekalkan antibodi untuk bayi anda melawan penyakit. Pada tahun 2007 saya dan 5 orang anak saya diserang denggi. Saya, anak saya yang ketiga dan kelima,Athirah & Amirah dimasukkan ke wad kerana 'platelet' kurang daripada 100. Tetapi anak yang lain, Amalia, Abdul Adzim & Amir Haziq dapat bertahan dan 'platelet' mereka tidak turun ke bawah 100. Ketiga-tiga anak ini saya menyusu selama 2 tahun! Susu ibu sebenarnya anugerah Allah. Kajian menunjukkan susu ibu mengandungi lemak DHA yang amat penting dalam membantu pertumbuhan & perkembangan tisu otak. Susu ibu juga mengandungi 'taurine' yang membantu perkembangan otak & saraf.

Menurut Tony Buzan, selain daripada kasih sayang, makanan yang berzat adalah juga makanan otak(brain food) anak anda. Sehingga anak anda berumur 2 tahun, susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuknya. Jadi jangan lepas peluang menyusu bayi anda sehingga dia berumur 2 tahun.




3. Berbual-bual

Menurut kajian terkini, banyak mana anda berbual-bual dengan bayi anda akan mempengaruhi IQ dan kejayaannya nanti. Semasa saya mendapat anak pertama dan kedua, saya tidak pandai berbual dengan bayi. Tetapi setelah menyedari betapa pentingnya kita perlu berbual dengan bayi, saya mula melatih diri saya.
a. Saya menceritakan kepada bayi apa saja yang sedang saya lakukan seperti 'mama sedang kemas katil. Katil Mama besar daripada katil baby...".
b. Sambil saya mandikan bayi, saya akan memberitahunya "Mama bersihkan mata baby dulu. Sekarang mama bersih telinga baby pula. Sekarang mama nak syampu rambut baby pula. Hmm wanginya syampu...".
c. Saya juga menanya soalan "Mana mata baby mama?" dan menamakan objek di sekeliling "Ini buku. Ini bola...".

Jangan lupa menggunakan pelbagai intonasi & nada suara apabila berbual dengan bayi. Ia akan menarik tumpuan bayi anda.

Berbual-bual dengan bayi sebegini akan menambah kecerdasan bahasanya. Anak akan terdedah dengan perbendaharaan kata yang luas dan ini akan membantunya memahami perkataan, bertutur, membaca dan menulis nanti.

Menurut kajian terkini, anak sehingga umur 3 tahun perlu mendengar 17000 hingga 20000 perkataan sehari!

Becoklah mulut mama dan papa semuanya!

4. Menggantung Mobile
Gantungkan 'mobile' hitam-putih, 25cm(10 inci) daripada mata bayi. Ia akan merangsang penglihatan bayi anda.

Kajian daripada Dr Robert Fanzt, Dr T.G.R Bower dan Dr Philip Salapatek membuktikan bayi yang baru lahir lebih gemar memerhatikan bentuk geometri hitam- putih daripada gambar berwarna terang mau pun pastel.

5. Mengimbas Kad / Objek Hitam-Putih
Peluk bayi erat di pangkuan sambil menamakan objek hitam-putih di dalam buku atau kad imbas. Aktiviti ini akan merangsang penglihatan dan pendengaran bayi anda.

Letakkan kad atau objek hitam-putih di tengah penglihatan bayi pada jarak 25cm daripada matanya. Gerakkan 6 inci ke kanan. Berhenti. Gerakkan kad kembali ke tengah. Berhenti. Gerakkan 6 inci ke kiri dan berhenti.

Saya hanya berpeluang melakukan aktiviti ini pada anak keenam. Saya mencuba rangsangan hitam-putih ini ketika dia berumur 7 hari. Saya cukup teruja melihat matanya mengikut pergerakan gambar ke kanan dan ke kiri. Dan hari ini Amir memang cekap kemahiran motornya. Menendang bola pada umur setahun dan amat gemar bermain 'mengikat tali' semenjak umur 1 1/2 tahun lagi.

6. Bernyanyi & Menari
Nyanyikan lagu kanak-kanak dengan nada suara yang berbeza-beza. Menari, dodoi atau gerakkan badan bayi sambil menyanyi. Menyanyi juga membantu meningkatkan kecerdasan bahasa anak anda.

Mendodoi bayi perlahan-lahan ke atas ke bawah dan ke kiri ke kanan, akan merangsang sistem vestibular yang mengawal koordinasi dan keseimbangan. menurut kajian mendodoi sebegini membantu perkembangan penglihatan dan pendengaran bayi, membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak dan membantu pertambahan berat badan.

Anda juga boleh mendukung bayi sambil berpusing perlahan-lahan.

7. Senaman Otak
Selepas saya mandikan bayi, saya gemar melakukan senaman otak(brain Gym) dengan menggerakkan anggota tangan dan kaki bayi saya secara bersilang. Saya membilang 1, 2, 3... sambil melakukan senaman ini. Menurut Dr Paul Dennison, pengasas Brain Gym, pergerakan sebegini akanmengkoordinasikan otak kanak dan kiri bayi. Dengan itu bayi dapat berkembang sebaiknyaapabila kedua-dua otak berfungsi bersama(whole brain functioning).

Menurut Dr Carla Hannaford, senaman sebegini akan membantu anak anda belajar membaca,menulis, mengeja dan memahami karangan nanti.

Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 3 - 6 Bulan

Pada peringkat ini, saya masih teruskan amalan-amalan semasa bayi saya berumur 0-3 bulan. Apabila menjangkau umur 3 bulan, penglihatan bayi bertambah baik.

8. Menggantung Moblie Berwarna Terang
Tukarkan mobile hitam-putih kepada mobile berwarna-warni. Pada tahap umur ini bayi lebih peka kepada warna terang daripada warna pastel. Bayi juga boleh melihat objek dengan menggerakkan kepalanya.
Anda juga boleh menggantungkan mobile merentasi katil bayi menggunakan tali elastik untuk menggalakkan bayi anda melibat(swipe) & menarik mobile. Mobile elastik ini akan merangsangperkembangan fizikal bayi anda. Apabila bayi pandai menarik mobile, berlaku perkembangan motor halus(koordinasi mata & tangan) yang akan membantu anak anda belajar membaca nanti.







9. Menggenggam Pelbagai Objek



Tunjukkan pelbagai objek menarik yang berwarna-warni & berbunyi seperti kerincing(rattle), mainan


lembut(soft toys), mainan picit(squeeze toys) dan mainan/gegelang getah untuk menggalak bayimencapai & menggenggam objek tersebut.


Kemahiran menggenggam akan membantu anak anda menulis nanti.





Artikel ditulis oleh: Nik Eliani Nik Nawi, Mother of 6 ranging from 8 to 25 years of age. Co-writer of Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku & Readeasy Early Reading Series, Reading Specialist & Nursery & Preschool Curriculum Designer. Holds B.A. Economics from Brock University, Canada(1985)& Diploma in Education(English) from International Islamic University Malaysia(1990), Phonics Consultant for Dewan Bahasa & Pustaka 2011

Sumber:
http://www.cepatmembaca.blogspot.com/
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger