FianieEshop&COMELSStore.blogspot

FianieEshop&COMELSStore.blogspot
FianieEshop&COMELS Store.blogspot merupakan blog yang Menjual barang serbaneka secara online. Blog ini diwujudkan untuk menjadi medium perkongsian dan info -info tentang produk2x yg terdapat di kedai kami..semoga blog ini menjadi manfaat utk semua pelanggan mahupun yang sudi menyinggah ke blog ini..Sila klik pada gambar banner kedai kami di atas untuk terus ke kedai online kami. sekian terima kasih..

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman . Set pembelajaran anak-anak yang pasti buat anda teruja. Klik pada banner diatas untuk info lanjut dan tempahan. Agent juga dikehendaki!
Memaparkan catatan dengan label SET MEMBACA ANAK-ANAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SET MEMBACA ANAK-ANAK. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Mac 2012

Langkah Asas Mengajar Bacalah Anakku:

ASSALAMUALAIKUM:

Saya masih ingat ketika mengikuti taklimat Kurikulum Standard Prasekolah, seorang Jurulatih membuat statement guna Bacalah Anakku budak boleh baca apa yang dalam Bacalah Anakku sahaja. "Perkataan lain di buku lain, tak boleh baca," katanya. Tambah beliau "Abc tak tau, menulis pun tak pandai..."

Ye ke? Ya laa kalau mengajar tak ikut step yang dicadangkan. Ada pula yang mengajar dengan mengepit buku Bacalah Anakku yang cute tu di papan putih sambil mengajar 20 orang pelajar! Cikgu Oh Cikgu! Hmm tak pernah ikut kursus bacalah Anakku kut..
Langkah Asas Mengajar Bacalah Anakku:
1. Ajar bunyi paling kecil dalam BM , /a/(aa), /b/(beh), /c/(ceh)... BUKAN a(ei), b(bi), c(si) atau ba bi bu be be bo....
Kenape? Sebab bila ajar bunyi paling kecil kemudian ajar gabungbunyi, anak tak perlu hafal beratus-ratus pola(ba bi bu be be bo... nga ngi ngu...ban bin bun ben ...). Lebih kurang 29 bunyi aje dah pandai baca semua perkataan BM.
2. Perkenalkan huruf kecil dulu.
Kenape? Kerana huruf besar tak common, di awal ayat & untuk nama khas aje.

3. Latih sebut bunyi kemudian baru tunjuk simbol/huruf.
Ikut susunan bacalah Anakku. Mulakan dengan bunyi-bunyi /a i u b/.
Kenape? Supaya anak faham apa yg diucapkan & apa yang dibaca terdiri daripada gabungan bunyi-bunyi paling kecil dlm bahasa pertuturan.

Untuk bunyi /a/, buka mulut luas-luas(pastikan anda gosok gigi dulu), baru sebut bunyi /a/ dengan jelas. Pastikan anak/pelajar tengok kedudukan mulut cikgu ye. Ulang sebut beberapa kali. Nyanyi Lagu Aksi Fonik, Abu ada ayam a a a.

4. Bila anak dah sebut dengan betul, baru tunjuk simbol.
Bagitau "inila /a/". "Kemudian tanya bunyi apa ni?"

5. Ajar anak tulis simbol bunyi /a/ mengikut cara huruf itu ditulis.
Kenape? Sebab huruf (a b c ng sy..) adalah lambang bagi bunyi dalam bahasa pertuturan. Menulis simbol bunyi akan menguatkan lagi ingatan anak kepada bunyi yang diajar. Juga apabila anak dilatih menulis simbol-simbol bagi bunyi, dia akan dapat meluahkan perasaaannya dalam penulisan.

Aktiviti penulisan bagi anak kecil(2-4thn) - menyentuh huruf berpasir, finger painting, membentuk huruf dengan doh, menekap & menyalin.
Bagi anak 5thn ke atas boleh menulis bebas & seterusnya di atas buku garis 3.

Jangan lupa tanya "Adik tulis ape tu?" Kalau dia jawab /a/(aa), bagi HI-5, untuk anak anda & juga diri anda yang telah mengajar dengan betul.

6. Ajar gabung bunyi untuk membaca sukukata(kemudian perkataan).
Kenapa? Anak yang dilatih membaca dengan menggabung bunyi akan membaca perkataan-perkataan baru dengan sendiri(independent reader); membaca dengan lancar & memahami apa yang dibaca(expert reader). Tak tersangkut-sangkut macam budak yang belajar kaedah mengeja.

a. Guru tunjuk konsep gabung bunyi menggunakan kad-kad bunyi.Mulakan dengan gabungan na ni nu (ikut susunan bacalah Anakku).
b. Anak gabungkan kad-kad bunyi untuk membuat na ni nu.
c. Galakkan anak baca na ni ni dalam Bacalah Anakku.
c. Ajar anak tulis na ni nu.

Kenapa ajar gabung bunyi guna kad? Bukankah senang kalau hafal je na ni ni. Apabila kita mengajar gabung bunyi menggunakan kad, anak belajar secara 'multi-sensory'. Bukan guna mata saje. Otak kanak-kanak & juga kita belajar kemahiran kompleks, seperti membaca, dengan lebih baik sekiranya kita lakukan mengguna pelbagai deria.

7. Ajar anak gabung perkataan menggunakan kad.
a. guru tunjuk dengan kad gabungan perkataan-perkataan yang diajar. Sebagai contoh kad 'a' dikawankan dengan kad 'na', jadi 'ana'.
b. beri peluang anak bina perkataan menggunakan kad.
c. Ajar anak baca perkataan dalam Bacalah Anakku, di atas papan putih, pada poster dll.
c. Ajar anak menulis perkataan yang dipelajari.

Sekiranya anda mengikut langkah mengajar di atas, saya yakin tidak timbul anak pandai membaca tapi tak pandai menulis. Tak timbul anak tau baca buku Bacalah anakku sahaja. Pasal abc pulak, pada peringkat awal belajar membaca memang lebih baik anak TIDAK diajar NAMA huruf a(ei) b(bi) c(si).. tapi dia masih lagi belajar bentuk & rupa serta 'bunyi' huruf.

Suka saya ingatkan. kepada semua yang mengajar anak kecil, jadikan sesi pembelajaran menyeronokkan. Jom ikuti KURSUS INTENSIF BACALAH ANAKKU. Lawat ReadNetwork Course (Bacalah Anakku & Readeasy)
untuk mendapat maklumat lanjut.

Mengajar Anak Mengenal Al-Quran



Assalamualaikum:


Mari renungkan "Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan"-Mutiara Kata cicit Rasullullah s.a.w Imam Ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib


Artikel ini ditulis oleh Puan Mazlina Karim yang telah berjaya mendidik anak-anaknya dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah al-quran pada umur 3 tahun. Belaiu merupakan Ibu kepada 2 orang anak Darwish dan Darwisya [kebetulan nama anak penulis ini sama dgn nama ank sy:) ]

Terima kasih kerana menyumbangkan artikel yang hebat ini Pn Maz:

Bagaimana Membantu Kanak-kanak Menghafal Surah-Surah Penting dan Panjang Dalam Al Quran

Dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa-apa surah yang akan dihafalnya,
cara saya tetap sama samada untuk surah pendek atau surah panjang.

Mulakan dengan membiasakan anak dengan MENDENGAR surah tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu bacaannya.

Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman perjalanan anak kita.

InsyaAllah, mudahlah untuk mereka menghafal sesuatu yang telah biasa didengar berulang kali.

Kemudian, baru ajar MEMBACA surah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan.

Kemudian, baru suruh anak MENGHAFAL.

Selalunya Darwisya dapat menghafal sehari dua selepas dia dapat membaca mana-mana surah dengan lancar samada surah panjang atau pendek.

Untuk diri saya, qari yang menyentuh hati saya adalah Qari dari Kuwait, Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy.

Mencari CD yang jelas bacaannya dipasaran agak sukar mungkin kerana telah di ulang salin/dubbing beberapa kali hingga bacaannya bergaung dan kurang jelas. Maka, jika qari ini juga kegemaran pembaca, cara terbaik untuk mendapatkan bacaan yang jelas dan berkualiti adalah

1. Beli CD-R kosong (yang paling murah harga 70sen sekeping)
2. Pergi ke http://www.muslimtents.com/alafasy/
3. Pilih surah yang dikehendaki (free download yang dibenarkan). Setiap surah semasa kita download akan ada tercatit panjang masa surah tersebut. Jumlah masa dalam 1 CD-R adalah lebih kurang 70-80 minit sahaja.
4. Untuk memindahkan download ke CD-R, pilih 'audio data' (for car and other general radio)
5. Dah siap..


Sebelum menidurkan anak, CD tersebut akan dipasang dengan perlahan di radio dan tekan mode 'repeat'. Ia akan 'mengaji' untuk anak kita sehingga dia terlena dan diteruskan hingga esok pagi. Pastikan volume perlahan(kalau kuat anak tak boleh tidur pula). Kita boleh pilih samada untuk diulang repeat satu surah sahaja atau atau diulang bacaan satu CD tersebut.


Untuk di dalam kereta, saya letakkan CD surah yang telah dihafalnya supaya dia tidak lupa apa yang dihafalnya sebelum ini. Ini memastikan hafalan yang lepas terus kekal. Jika bila-bila masa saya membawa anak berjalan, ayat yang terhafal terdahulu yang akan saya pasang untuk mereka sepanjang perjalanan. Siaran radio atau CD lain hanya akan saya buka jika saya berseorangan memandu.

Sekiranya anda tiada masa untuk mengumpulkan sendiri bacaan Al-quran itu, anda boleh dapatkan VCD Bacaan Al-quran di fanpage islamic book sy disini







Mencorak anak-anak dalam pendidikan, akhlak, sahsiah diri bermula dari rumah, dari kita sebagai ibu dan bapa.

Ia bukan bermula di sekolah atau tadika.


Memang ada tadika mahal dan tadika sederhana bayarannya tetapi semuanya sama iaitu mengajar kanak-kanak dalam bilangan ramai dan dalam masa yang serentak! Sedangkan setiap kanak-kanak itu adalah berlainan. Tiada guru yang boleh menandingi seorang ibu yang mengajar anaknya satu persatu dengan sabar hinggalah anak tersebut faham.

Bagi saya, adalah salah untuk melihat wang semata-mata boleh membeli pendidikan dan menjamin anak tersebut menjadi seorang yang terdidik dan berjaya. Kita ambil kisah daripada Imam Shafie. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 2 tahun. Ibunya adalah seorang yang gigih dalam mendidik anaknya. Tiada tadika murah, sederhana atau mahal bagi ibu Imam Shafie, Hanya kegigihan beliau untuk mendidik anaknya hingga anaknya dapat menghafaz quran pada umurnya 7 tahun. Kemudian Imam Shafie berguru dengan beberapa ulama terkenal hinggalah beliau menjadi orang yang dikenali dengan kebijaksanaan ilmunya sehingga Mufti Mekah mengizinkan beliau memberi fatwa ketika masih berusia 15 tahun!

Saya bersyukur kerana diberi Allah rezeki dan petunjuk untuk menghantar anak saya ke tadika Arab. Namun saya tetap tekankan kejayaan anak tetap bermula dari rumah. Darwisya ke tadika atau tidak, dan tadika tersebut arab atau bukan arab, dia tetap akan mengaji dan menghafal di rumah.


Kaedah Mengajar Bayi Mengenal Al-Quran




Flashcard Huruf Hijaiyah bertanda atas, bawah dan depan yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak saya mengenal huruf. Rata-rata 3 set untuk seorang anak sebelum anak saya mengenal huruf.. Tentulah mula-mula beli satu, kemudian bila dah hancur, anak masih belum habis mengenal, beli satu lagi dan seterusnya. Selalunya kehancuran kad huruf ini adalah disebabkan ianya di ronyok, digigit dan sebagainya oleh anak kita.

Sekiranya anda memerlukan Flashcard, anda boleh melayari laman web ini untuk mendapatkan Flashcard untuk anak-anak anda..Klik Sini



Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.

Sekiranya anda memerlukan Set Al-Furqan, anda boleh mendapatkannya disini.Klik Sini



Buku Hafazan Sistem Al Hufaz.

Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Tak perlu beli semua. Dapat dalam 3-5 buah buku tersebut sudah mencukupi untuk memperkenalkan pada anak kita cara menghafal. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya.

Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD.

Pengenalan

Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.

Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya.

Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. . Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.

Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup.


Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini :


1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD. Boleh dapatkan

(dalam RM25 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.)

2. Beli Flash Card Alif Ba Ta dan latih setiap pagi. Boleh dapatkan

3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.


PANDUAN MENGAJAR


a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.


g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.


Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.


**Dapatkan lebih banyak produk-produk yang membantu anak anda belajar Quran disini




2 Kaedah Menghafal Yang Berbeza untuk Darwisya:





Memang betul saya guna kaedah al huffaz semasa melatih Darwisya menghafal 30 surah pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal 30 surah terakhir tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Seterusnya boleh guna alquran sahaja. Hinggalah satu hari skill ini semakin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah.


Walaupun dulu saya menggunakan buku al huffaz dan kini tidak, memperdengarkan bacaan melalui CD tetap sama. Semasa 30 surah pertama, saya mengalunkan bacaan adik Ahmad Saud, selepas khatam 30 surah, untuk surah lain saya mengalunkan bacaan Sheikh Misyari Rashid Al Afasy. Ini adalah kerana Adik Ahmad Saud tiada punya bacaan surah-surah lain selain 30 surah terakhir tersebut. Apa pun caranya tetap sama untuk melatih kanak-kanak menghafal.. MENDENGAR, MEMBACA sehingga lancar, dan kemudian baru MENGHAFAL.

Didiklah anak-anakmu bersungguh-sungguh

"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala perkara yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala apa yang disuruh." (Surah At-tahrim: 6)



bagaimana ibu2x dan ayah sekalian? sudah memahami apa itu kepentingan pendidikan awal alquran utk anak-anak? jadi jika berminat untuk mendapatkan set belajar al-quran ini..anda boleh terus ke fanpage FB COMELS: Child of Mine Exciting Little Store atau email ke  comels@islamicbooks.com.my . Anda adalah penentu kecemerlangan anak-anak anda hari ini.

Ajar Anak Anda Membaca - Bagaimana Menggunakan Kaedah Fonetik 1

ASSALAMUALAIKUM


Ajar Anak Anda Membaca - Bagaimana Menggunakan Kaedah Fonetik 1



Bersama Othman Ahamad

Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy

Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.

Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.

JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.

JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.

JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.

JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.

JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.

Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik? Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik...


anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan

anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
 

anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.


Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).

Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Ikutilah kursus-kursus Bacalah Anakku atau rujuk buku panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku.

Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.

Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’
(bagi huruf ‘a’).



info lanjut kaedah fonetik boleh layari : http://www.cepatmembaca.blogspot.com/

Teknik Didik Anak Membaca

Assalamualaikum



Bersama Othman Ahamad


Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy



Bolehkah anak berusia 15 bulan membaca? Apa pandangan anda? Mustahil bukan? Tetapi pada usia inilah anak anda perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca supaya pada usia 3 tahun nanti mereka bersedia untuk membaca.

Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan.

Sedikit demi sedikit bentuk dan corak tersebut menjadi lebih jelas dan biasa dengan mereka. Seterusnya mereka akan mengaitkan bentuk-bentuk tertentu dengan bunyi-bunyi tertentu. Biasanya mereka akan membalik-balikkan muka surat yang dibaca, menunjuk-nunjuk benda yang telah biasa dilihat dan kadang kala mendengar apa yang diceritakan dan mengikut bersama bercerita dengan bahasanya sendiri. Melalui bukulah, kanak-kanak dapat membina bahasa, belajar mendengar, memahami dan bercakap dan menggalakkan komunikasi. Buku juga bukan sahaja dapat meluaskan imaginasi dan pengalaman mereka tetapi juga membantu mereka memahami situasi dan cara orang disekelilingnya berinteraksi.

Oleh itu ibu bapa bukan sahaja perlu bijak memilih buku yang sesuai tetapi juga pandai menggunakan buku untuk merangsang minat membaca kepada anak-anak kecil.

Pada awalnya, pilihlah buku yang mempunyai ilustrasi binatang seperti kucing, ikan, ayam dan sebagainya, objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat, dan sebagainya yang jelas, besar dan berwarna warni.Bercakaplah mengenai benda-benda di dalam buku tersebut seperti warna, bentuk, bunyi berkaitan dan kegunaannya. Namakan benda atau objek yang dilihat dengan sebutan yang jelas. Buku-buku yang interaktif dalam konteks ada bahagian gambar yang boleh ditarik, ditekan, diselak sangat menarik minat kanak-kanak supaya terlibat secara langsung dalam sesi membaca. Rangsang minat anak anda dengan menggalakkan mereka menarik, menekan, mencungkil dan menyentuh bahagian-bahagian tersebut. Jangan terlalu sayangkan buku sehingga mereka tidak dapat menyentuhnya. Aktiviti-aktiviti sebeginilah yang akan menjadikan mereka lebih berminat dengan buku dan merangsang otak mereka.

Seterusnya dapatkan buku-buku nursery rhymes dengan kisah-kisah lama yang menarik dan penuh dengan hiburan dan pengajaran. Lagu-lagu yang dikaitkan dalam cerita-cerita ini dapat menarik minat mereka kepada buku dan seterusnya kepada cerita-cerita yang berlagu ini.Beberapa cadangan berikut mungkin dapat membantu anda menarik minat mereka kepada buku.

Adakan sesi membaca bersama-sama. Bacakan buku sambil mendakap mereka.

Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang yang dilihat dengan bersungguh-sungguh dan 'real'.

Libatkan aksi dan pergerakan , contohnya menggerakkan tangan seperti belalai gajah apabila bercerita.

Tanyakan soalan-soalan seperti berikut:

eh besarnya bola ini. Ani suka bola?


Yang mana satu sudu yang Amir suka?


Apa yang warna biru tu?


Apa jadi selepas ini?


Bercerita dengan bahasa yang mudah. Contohnya: " Ini kucing. Bunyi kucing 'meow' 'meow' 'meow'. Kucing suka makan ikan"

Untuk sesi membaca atau bercerita bersama, lakukan beberapa cadangan berikut:

minta anak anda mencari muka surat pertama atau permulaan cerita.

sambil membaca, tunjukkan teks perkataan yang dibacakan. Ini akan membantu anak itu memahami arah pergerakan apabila membaca dan memahami secara tidak langsung bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan, bukan hanya gambar-gambar.

minta anak anda membalikkan muka surat untuk anda.

tokok tambahkan cerita yang dibacakan dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham.

tanyakan kepada mereka apa yang terjadi selepas ini.

apabila mereka telah biasa dengan cerita yang dibacakan, minta mereka ceritakan kembali cerita tersebut.

Apabila kanak-kanak sudah mula jinak dengan buku-buku cerita atau buku gambar, anak anda mungkin telah bersedia untuk diperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak anda. Oleh itu sambil anda membacakan cerita tersebut, terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat yang ada pada teks yang dibacakan. Contohnya 'a', anda boleh menyebut:

"Ah, cuba lihat ini. Ini bunyinya 'aaa' (untuk huruf 'a')"

"Yang ini pula 'beh' (untuk huruf 'b')"

Pastikan anda tidak memperkenalkan huruf yang dilihat itu dengan namanya, iaitu 'ei' bagi huruf 'a', atau 'bi' bagi huruf 'b'. Kanak-kanak hanya perlu diperkenalkan dengan bunyi huruf sahaja iaitu 'aa' (untuk 'a') dan 'beh' (untuk 'b') kerana nama-nama huruf tidak ada makna bagi seorang kanak-kanak kecil. Bahkan mengajar nama-nama huruf, bagi seorang penulis buku, Professor Robert K. Logan dalam bukunya, The Alphabet Effect, mengatakan 'teaching a,b,c is the first road block to reading.'


Set Bacalah Ankku

Assalamualaikum


Set Bacalah Anakku

Set Bacalah Anakku
RM36.90


Terbukti anak-anak dalam video ini berjaya membaca menggunakan Set Bacalah Anakku dan juga Set Read Easy


Jom, kita lihat sendiri anak-anak yang boleh membaca menggunakan Set Membaca ini






Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.


Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.


Jadi, produk Set Bacalah Anakku ini mengikut Kaedah Fonetik


Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 983-867-239-4
Harga Terkini: RM42

Kandungan Pakej:


8 Buah Buku,
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak,





1 VCD dan


12 Keping Kad Imbas









Penerbit:One Stop Computer and Language Consultancy
Tahun: November 1996

Mengenai Produk
Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.


Keistimewaan Produk:

Sistem Fonetik

Suku kata mudah

Bermakna dan berulang

 Dua warna

Berima

Kurang Gambar

Mengapa anda perlukan produk ini? Jom baca artikel di bawah ini dulu:

Mengapa Nak Ajar Membaca Awal?
http://fianieshopcomels.blogspot.com/2012/03/mengapa-nak-ajar-membaca-awal.html


Teknik Didik Anak Membaca
http://fianieshopcomels.blogspot.com/2012/03/teknik-didik-anak-membaca.html

Ajar Anak Anda Membaca - Bagaimana Menggunakan Kaedah Fonetik 1
http://fianieshopcomels.blogspot.com/2012/03/ajar-anak-anda-membaca-bagaimana.html




Testimoni Produk


"Alhamdullilah anak2 saya dpt membaca di usia 5 year dengan bantuan ReadEasy & Bacalah Anakku. Sekarang tengah fokuskan math pulak.. mengira cam tak cukup jari.. dgn jari2 kaki sekali guna" ~Puan Shikin~Alhamdullilah, sepanjang saya mengajar Bacalah Anaku, murid-murid dapat membunyikan dengan baik dan betul. Di samping itu kaedah fonik memboleh murid-murid membaca dengan cepat kerana mereka dapat mengenal dan mengingat bunyi huruf berbanding mengingat nama huruf. -Nabilah binti Othman-Peserta Kursus Bacalah Anakku di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani-1 Ogos 2008

Peringatan Untuk Ibu bapa:
Pastikan ibubapa melihat dulu kandunagn VCD samapai habis dan membaca dulu panduan mengajar yang disediakan dalam set ini.
Setelah itu, barulah mula mengajar anak menggunakna VCD dan buku-buku yang ada dalam set ini Contoh kandungan VCD Bacalah Anakku terbitan ReadNetwork

 setelah itu, barulah mula mengajar anak menggunakna VCD dan buku-buku yang ada dalam set ini Contoh kandungan VCD Bacalah Anakku terbitan ReadNetwork



Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger