FianieEshop&COMELSStore.blogspot

FianieEshop&COMELSStore.blogspot
FianieEshop&COMELS Store.blogspot merupakan blog yang Menjual barang serbaneka secara online. Blog ini diwujudkan untuk menjadi medium perkongsian dan info -info tentang produk2x yg terdapat di kedai kami..semoga blog ini menjadi manfaat utk semua pelanggan mahupun yang sudi menyinggah ke blog ini..Sila klik pada gambar banner kedai kami di atas untuk terus ke kedai online kami. sekian terima kasih..

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman . Set pembelajaran anak-anak yang pasti buat anda teruja. Klik pada banner diatas untuk info lanjut dan tempahan. Agent juga dikehendaki!
Memaparkan catatan dengan label TEKNIK DIDIK ANAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEKNIK DIDIK ANAK. Papar semua catatan

Ahad, 22 Julai 2012

Nak Anak Bijak,Ibu Bapa Perlu Bijak Juga Ke?

Anak yang bijak adalah anak yang mempunyai keupayaan memproses maklumat, menyelesaikan masalah, dan mampu berfikir sebelum bertindak. Itu adalah takrifan saya dalam artikel kali ini. Takrifan bijak, pandai dan pintar sudah tentu berbeza-beza mengikut kehendak mereka kepada anak mereka. Namun, semua ibu bapa mahukan anak mereka bijak, pandai dan pintar.

Namun adakah ibu bapa juga perlu bijak untuk mendidik anak mereka menjadi bijak? Jawapan saya adalah YA dan TIDAK.

YA, kerana ibu bapa perlu bijak dalam mengawal emosi diri, mendidik emosi anak, mendidik anak bersosial, mendisiplinkan anak dalam pembelajaran serta mendidik anak berakhlak mulia. TIDAK kerana ibu bapa yang bijak atau pandai tidak menghasilkan anak yang pandai sekiranya ibu bapa sendiri tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak di rumah, malah menyerahkan segala-galanya kepada guru.

Kesimpulannya, untuk menghasilkan anak yang bijak, ibu bapa perlulah mementingkan pendidikan di rumah, perhubungan dengan anak dan mempelajari teknik mendidik anak sejak kecil. Tidak kiralah samada ibu atau bapa tidak mempunyai kelulusan yang baik atau ibu bapa cemerlang dalam pelajaran dan masyarakat.

Saya harap pembaca faham apa yang saya maksudkan. Kesedaran mendidik anak akan membuatkan ibu bapa benar-benar mengambil berat akan emosi anaknya, tingkah laku anaknya serta pencapaian anaknya. Saya akan kongsikan apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk merangsang otak anak kita.

Cakap, cakap, cakap.Bercakaplah dengan anak seawal umur anak 1 hari. Mudah sahaja, sekadar memperkenalkan apa yang ada di sekeliling kita. Apabila kita ke pasar, ceritakan apakah jenis sayur, ikan dan daging yang ada. Beritahu anak bawaha kita berada di dalam kereta menuju ke rumah. Sembang dengan anak sewaktu anak bermain. Bercerita dengan anak mampu menggabungkan perkataan dan apa yang dilihat oleh anak. Bercakaplah dengan nada perlahan-lahan, bahasa yang mudah, dan suara yang halus. Tak perlu malu seolah-olah bercakap seorang diri, kerana kita sebenarnya tidak bercakap sendirian. Sebelum anak boleh bercakap, mereka sebenarnya faham apa yang kita cakapkan malah ia mampu mewujudkan hubungan yang baik dengan anak kita. apabila kita mendengar bunyi kucing mengiau, beritahu anak, “bunyi apa tu,” kemudian jawab semula kepadanya, “Itu bunyi kucing.”





Besopan dan bersosial.Anak melihat dan menyerap dengan baik apa yang kita lakukan. Apabila kita selisih dengan kawan, senyum padanya dan berikan salam. Apabila melihat jiran sebelah menjemur kain, tegur mereka dengan baik. Anak kita akan melihat dan belajar cara bersosial dengan masyarakat sekeliling. Apa saja yang kita lakukan, begitulah mereka akan bersdengan rakan sebaya mereka kelak. Kanak-kanak melihat dan belajar berinteraksi daripada kita sendiri. Konsisten


.Otak bayi dapat memproses informasi baru dalam keadaan dan suasana yang ia biasa dengannya. Misalnya suasana di rumah, luar rumahnya atau tempat jagaannya. Oleh sebab itu, berikan informasi baru pada anak di rumah setiap hari. Mereka akan menyerap dan faham dengan baik. Waktu makan dan sembang.Waktu makan adalah waktu yang amat tenang. Mana tidaknya, waktu mengisi perut. 

anak berikan makanan pada anda, senyum dan ucap terima kasih, begitulah mereka akan lakukan sekiranya kita berikan pada mereka. Komunikasi dua hala.Sekadar mengiakan apa yang anak cakapkan pun sudah mencukupi. Apatah lagi bertindak balas dengan baik. Dengan membalas apa yang dicakap oleh anak akan membuatkan mereka lebih motivasi untuk mencuba, bercakap dan belajar. Ketahuilah, ia sangat berkesan untuk anak yang sedang membesar. Ini adalah sedikit tips buat kita semua, dan saya akan kongsikan lagi pada masa akan datang. Adakah anda telah aplikasikannya? Jom kita sama-sama kongsikan… 

 Artikel Berkaitan: Jadilah Ibu Bapa Bijak! 
Kenapa Yahudi bijak? Pendidikan Anak: Lidah Yang Perlu Dibentuk Ibu Bapa Turun Padang, Bukan Melepaskan Batuk Di Tangga Empat Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Ajar Anak Membaca Credit to blog simulation kauthar. Utk dapatkan bahan bacaan utk anak2 pintar,sila semak details  dibawah:

 Utk order atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :)

Sila layari Facebook Fanpage Store saya di : 
COMELS:Child Of Mind Exciting Little Store --->(terdapat pelbagai album buku kanak2x terjual di sini! ) 

Atau hubungi saya dengan cara :
PM FaceBook COMELS : Child Of Mind Little Store,
SMS/Call/Whatsapp: 0173510627 
Email comels@islamicbooks.com.my

Selasa, 1 Mei 2012

Latih Anak Fokus Seawal Usia Newborn



Assalamualaikum


Fokus adalah salah satu cabaran ibu bapa bila nak ajak anak membaca. Err, bebudak memang nature ...diorang suka bermain kan.

Tapi, jangan cepat mengalah dan serahkan tugas mendidik anak kepada permainan yang mahal- mahal. Sebaliknya, layan lah anak anda dan follow his nature. Kalau dia suka bermain, ajak dia main dengan buku. Kalau suka ketuk2, ajak dia ketuk2 dgn buku. Kiranya bermain sambil belajar.

Ramai yang tanya, bagaimana nak kasi anak fokus semasa sesi membaca. Saye cerita ikut apa yg sy baca dlm buku dan apa yg saya praktik sndiri kat anak saya ek :)

Cara #1:

Masa Baby, masa newborn, tunjuk kan objek atau kertas berwarna hitam dan putih kat baby. Kalau zaman sekarang ada mainan wrist toy Lamaze yg warna hitam putih belang2. Haa main ngan baby masa dalam pantang. Walaupun dlm pantang, baby nampak macam tak bg respon, tp percaya lah dia berusaha utk interact dgn orang yg paling dia cintai, ibu dia.

Rupa yg macam wisya punya macam kat bawah ni. Tapi memula dia tak pandang pun, jadi saye kene pegang instead of letak kat wrist dia, dan bunyi2 kan sampai dia pandang.

Gambar search kat google


Buku How To Have Smarter Baby yg kat bawah ni beritahu, warna hitam, putih dan merah ni warna kontra. Ia sangat penting utk membantu develop eyesight baby dan melatih mata baby utk fokus. Siap ada cerita bagaimana nak buat simple DIY toys yang berunsurkan warna hitam putih merah terang. Kalau takda sangat, tunjuk kat baby tudung warna hitam, putih atau merah pun ok. Kalau diorang, diorang guna scarf. So,that's colours are so adaptable to baby. jangan pilih kaler lain dah! ingat! hanya warna  hitam, putih dan merah .

Pic dari Gugel


Takpun boleh letak flashcard hijaiyah atau flashcard a b c- gantung2 kat baby cot, bouncer, carseat. Tali sediakan sndiri ek. Hehe. Boleh la lekatkan tali kat flashcard menggunakan pelekat thumbtack tu, pastu gantung atas baby. Masa dalam pantang kan baby just terbaring, blm reti meniarap. Jadi masa tu boleh lah tunjuk2 :)

Flashcard Hijaiyah

Flashcard A B C


Gambar Google
Lebih kurang gantung cam gmbar kat atas ni, tapi ganti toys ni dgn flashcard facing baby. Oh kalau saya ada contoh, sy update gmbr contoh ek, supaya mudah faham :)

Ada mat salleh, siap lekat around baby cot kat bahagian dalam dgn kertas putih yg ada lukisan berwarna hitam. Jadi baby pusing2 nmpak kertas tu je. Kan ke best kalau kertas yg dilekat tu ada unsur utk belajar al-quran atau membaca :) . kita boleh pelbagaikan..


Hah yang ni siap buat wallpaper. Gmbar dari google





Oh, kena stop jap. Next Entry insya-Allah saya kongsi kan cara yang lain ya =) Stay tuned!

P/S:
Kalau nak dptkan Lamaze Wrist toys, boleh hubungi saya
P/S 2:
Buku How to Have Smarter Baby boleh dptkan kat MPH/ Popular atau saye beli kat Kinokuniya KLCC

P/S 3:
Flashcard Hijaiyah dan Flashcard ABC boleh di dapati di kedai sy, klik SINI=) atau

PM FB COMELS : Child Of Mind Little Store

SMS/Call 0173510627
Email comels@islamicbooks.com.my



Credit to khadeejah hasmad <3

Sabtu, 10 Mac 2012

Teknik FlashCard untuk Ajar Bayi Membaca

"Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan"-Mutiara Kata cicit Rasullullah s.a.w Imam Ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib


Jom Kita Baca Dulu Satu Berita Di Harian Metro

Berita sebenar blh dibaca disini:



GEMBIRA...Norhidawati merangsang anak-anaknya menerusi kad imbasan yang diberi tiga kali sehari.

PADA usia 17 bulan, kanak-kanak ini sudah boleh membaca dan menyebut perkataan dengan lancar. Malah, lebih menakjubkan apabila dia mula mengenal huruf pada kad imbasan menjelang usia enam bulan. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kanak-kanak seusianya. Malah, ketika berkunjung ke Genius Baby On Board yang terletak di Puchong, Selangor, Rania Qarissa Rizal Saiful Rizal, 3, sama seperti kanak-kanak lain, namun kesukaan pada bahan bacaan amat terserlah apabila sepanjang masa dia memegang buku, kad imbasan atau berdamping dengan komputer peribadi. Kini, dia juga mula mendalami bahasa Arab dan Cina hanya berpandu kepada cakera padat di bawah pengawasan ibunya, Norhidawati Abdul Aziz, 30.



Menurut Norhidawati atau mesra dipanggil Watie, apa yang berlaku kepada Qarissa bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana semua bayi dan kanak-kanak adalah bijak dan mereka mampu melakukan apa saja sekiranya mendapat rangsangan yang betul daripada ibu bapa.

Apa yang penting, ibu bapa harus mendapatkan ilmu terlebih dulu mengenai kepentingan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak dilahirkan dan sehingga pembesaran mereka.
Ibu kepada dua cahaya mata comel ini memberitahu, keterujaannya untuk melihat anaknya membaca pada usia awal kerana rasa tercabar apabila menonton video kanak-kanak di luar negara yang mampu membaca pada usia enam bulan. Sejak itu, dia sanggup melakukan apa saja demi melihat anaknya mampu membaca pada awal usia.

“Perkara pertama dilakukan ialah dengan membeli kad imbasan lalu menunjukkan pada Qarissa menggunakan teknik satu kad satu saat sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam. Sepanjang melakukan aktiviti itu, Qarissa tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun saya tetap meneruskannya dan tidak berputus asa.


“Menjelang hari keempat, Qarissa mula menangis kerana ingin memegang kad, namun saya tidak membenarkannya dan tetap menunjukkan kepadanya,” ujarnya yang mengakui apabila anak mula menyukainya, itulah masa sesuai untuk membentuk minat membaca kepada anak-anak.

Kesukaran mencari produk sesuai untuk bayi terutama dalam konteks pengajaran di Malaysia, memberi cabaran kepada Watie, namun dia bernasib baik kerana pada usia Qarissa 11 bulan, dia terjumpa laman sesawang Little Reader ketika sedang melayari Internet lantas dia menggunakan peluang yang ada untuk mengajar Qarissa dengan berpandukan kepada laman sesawang itu.

“Menariknya, proses pembelajaran menerusi Little Reader tidak membosankan dan menyeronokkan kerana semua aktiviti dilakukan menerusi gambar dan muzik serta kaedah bermain. Jadi anak-anak tidak berasa tertekan kerana pengajaran dilakukan seperti mana bermain.

“Lebih penting anak anda mampu membaca dalam tempoh yang singkat. Namun, semuanya terpulang kepada ibu bapa bagaimana mereka berkeinginan membentuk anak mereka,” katanya.

Sepanjang tempoh itu Watie mengajar anaknya tanpa jemu, walaupun ada masanya Qarissa tidak menunjukkan minat dan membiarkan saja. Namun, Watie tidak berputus asa kerana dia percaya bagi mendapat hasilnya bukanlah dalam tempoh singkat walaupun perlu mengajar sehingga 100 atau 1,000 kali sekalipun dia yakin Qarissa akan menunjukkan perubahannya.

Memang benar ada kalanya apabila rasa tidak yakin, Qarissa terus saja menunjukkan perubahan positif sehingga pada suatu hari Qarissa boleh membaca dengan lancar setiap baris ayat dan inilah saat paling menggembirakan bagi Watie. Baginya, kebolehan ditunjukkan anaknya itu membuktikan semua bayi adalah genius.

“Saya selalu tidak yakin dengan kemampuan Qarissa, tetapi apabila dia menunjukkan perubahan di luar jangkaan menyebabkan saya percaya ibu bapa harus menanam rasa percaya dengan kebolehan anak-anak. Jangan berprasangka anak tidak bijak dan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Dia sering merangsang otak kanan anaknya dengan perasaan kasih sayang manakala pada waktu malam menggunakan teknik sheseida iaitu bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur bagi merangsang otak kiri mereka.

Selepas kelahiran anak kedua Rania Quzayra, Watie terus berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya, malah dia tidak menunggu masa yang lama untuk merangsang otak Quzayra.

Pada usia lima bulan, dia terus menggunakan cara yang sama seperti mana diberikan kepada Qarissa dan semakin percaya yang semua bayi adalah bijak. Quzayra dilahirkan tanpa tulang pada tangan kanan bermula daripada pergelangan sehingga jari dan hanya daging semata-mata yang membentuk tangan dan jari.

Walaupun mempunyai ruas, jarinya tidak dapat dibuka, ditutup mahupun digerakkan seperti kebiasaannya. Istimewanya juga kerana tangan itu boleh dilentur ke mana saja tanpa rasa sakit.

Menurut Watie, kelahiran Quzayra cuma satu antara 32,000 kelahiran dan sebagai kanak-kanak istimewa berpenyakit symbrachydactyly, dia mahu membuktikan Quzayra mampu seperti mana kanak-kanak lain.

“Saya dapat rasakan yang sesungguhnya kelahiran Quzayra adalah untuk membuka mata saya dan suami terhadap keagungan ciptaan Allah dan menyebarkan setiap inci maklumat menerusi penglihatan, perasaan dan proses menerusi deria mata dan otak, seterusnya berkongsi dengan masyarakat melalui penulisan di alam maya.

“Ini bertujuan supaya masyarakat sedar betapa Allah SWT menciptakan setiap makhluknya itu sempurna dan kesempurnaan itu terlalu subjektif, terpulang kepada kita sendiri untuk melihatnya dalam bentuk yang berbeza,” ujarnya.

Kini, Quzayra yang dilahirkan pada 7 April 2010 mengagumkan ibunya dengan kebijaksanaannya. Quzayra memanipulasikan kekurangan dirinya dengan begitu baik sehingga tidak nampak kekurangannya.

Contohnya, walaupun memiliki tapak tangan kanan kecil dan lembut, dia bertepuk tangan menggunakan pergelangan tangan yang bertulang dan bukannya tapak tangan. Ini kerana sekiranya bertepuk tapak menggunakan tangan pasti tidak akan berbunyi berbanding lengan bertulang.

“Sebagai ibu saya berharap apa yang berlaku kepada Quzayra akan memberikan motivasi kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa supaya percaya dengan kebolehan anak-anak bagaimana sekalipun keadaan mereka.

“Tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, bijak dan pandai, malah anak kita genius untuk melakukan apa yang kita tidak sangka dan dia boleh melakukannya.

“Tanamkan dalam minda yang kita teruja untuk melihat setiap inci perkembangan terbaru anak dan yakin mereka akan menunjukkan kehebatan mereka,” katanya.

Tambah Watie, apabila ibu bapa berada dalam minda positif, aura positif akan terpancar dan sentiasa mengelilingi diri mereka setiap masa. Ini sangat baik untuk perkembangan mental atau fizikal anak.Ya, itulah perkongsian pengalaman dari Norhidawati, seorang ibu yang telah berjaya mengajar anaknya membaca pada usia anak itu 17 bulan lagi, iaitu satu tahun 5 bulan..belum pun 2 tahun lagi usia anak itu.

Namun, timbul beberapa soalan, Bagaimana pula jika bayi saya tidak minat untuk diajar membaca?

Lihat semula tujuan kita mengajarnya membaca.

Tujuan utama mengajar bayi membaca adalah menjadikannya seronok dengan aktiviti tersebut. Bukanlah ingin mencapai tahap-tahap tertentu. Cuba bayangkan jika bayi tidak diajar membaca sejak kecil, adakah sewaktu besarnya, dia akan menjadikan membaca sebagai hobinya? Bayi yang didedahkan dengan teknik pembacaan yang betul akan mula menyukai proses membaca sehingga aktiviti tersebut menjadi rutin bagi bayi dan mereka amat menyukainya. Jadi, adakah anda akan merasakan bahawa bayi anda akan mengalami masalah dalam proses pembelajarannya atau mula tidak menunjukkan minatnya untuk belajar membaca ketika ke pra sekolah kelak?

Teknik yang paling sesuai untuk bayi adalah mengajarkan perkataan-perkataan yang mudah baginya. Satu demi satu perkataan.
Dan perkataan tersebut adalah perkataan yang difahaminya. Itulah langkah awal dalam proses menggunakan Flash Card kepada bayi.

Glenn Doman, pelopor Institutes for the Achievement of Human Potential(IAHP) berkata:

"Bayi sangat bijak dalam bidang linguistik (bahasa)"

Hal ini kerana beliau sendiri telah membuktikan bahawa bayi yang diajar bahasa kedua, ketiga dan seterusnya dapat menguasai semua bahasa tersebut tanpa mengabaikan bahasa pertama mereka. Kajian ini dijalankan di Philadelphia.

Dalam proses pengajaran kepada bayi, Doman menegaskan 3 syarat utama yang perlu diberi perhatian.

Kuat, jelas dan berulang-ulang.

Alasannya adalah, bayi tidak belajar bahasa melalui mata kemudian ke otak, akan tetapi, ia melalui telinga dan terus ke otak.

Oleh sebab itu, sebutannya perlulah kuat, jelas dan berulang-ulang.

Maka, teknik Flash Card adalah teknik terbaik untuk mengajar bayi anda membaca. nda boleh mendapatkan Flash card dari pembagai sumber..ibu ibu dan bapa-bapa juga boleh membuat Flash card sendiri tanpa perlu membeli Flash card.. Bagi yang mampu, anda boleh membeli, bagi yang kurang mampu , anda boleh buat sendiri Flash card.

Untuk belajar cara menggunakan Flash Card, disini saya bawakan 3 Video dari kak watie untuk tatapan anda semua,
cara menggunakan Flash Card untuk bayi..dalam video ini modelnya adalaha anaknya sendiri yang bernama Zayra



anak k.watie 2 orang yang suka membaca

So, video yg uols tgk kat You Tube ini adalah cara yang Watie lakukan setiap kali main flash card dengan anak-anak, mungkin suara Watie tak kuat sangat & gambar tak cantik sebab guna video HP jer kan, but still leh dgr dan leh nampak how I did it. Cuba perhatikan betapa fokusnya Zayra ketika sessi ini. Tak berkelip dia pandang flash card tuh kan? :) Memang tahap fokus Zayra tinggi sebab Watie dah latih sejak dia lahir lagi. Sebab tuh dia boleh tgk flash card dalam sessi yg agak lama. Sebab tuh juga Watie kata 6 bulan pertama hidup anak tuh penting untuk kita pastikan all the 5 senses berfungsi dengan baik dan dalam masa yang sama, stimulasi dilakukan secara berterusan dengan teknik-teknik tertentu. Kerana apa yang kita lakukan pada masa itu (6 bulan pertama) akan beri kesan apabila umurnya semakin meningkat. Tapi sayangnya, jarang parents especially kaum Melayu (sorry, kena tekankan jugak sebab ia hakikat) menitik beratkan stimulasi awal ini. Terutama 0-6 bulan.

Dan kerana itu juga Watie banyak juga terima komen dan keluhan seperti "Anak saya tak fokus sangat", "Anak saya suka pandang tempat lain bila saya tunjuk flash card", "Attention span dia kejap jer" dan sebagainya. Dan bila saya tanya, "Tempoh 3 bulan pertama anak U lahir, apa U lakukan dengan anak?" dan "Another 3 months lagi, apa U buat?" dan kebanyakan jawapannya - Jarang buat apa-apa, setakat main ala kadar, bg minum susu, tidurkan, mandikan dan setiap hari perkara yang sama berulang. Komplen jer pandai! Apa awak buat kat anak masa dia baby untuk BANTU ..BANTU..BANTU..anak tuh supaya dia boleh jadi seperti yang anda mahukan? Ketuk kepala kanan dan kiri, tanya diri sendiri okeh ..:) So, tak adil kalau nak komplen jer bila anak dah besar sedangkan kita tak buat apa-apa semasa dia membesar tuh kan? :)

Ada 3 video di bawah kerana 3 cara yang sering Watie gunakan setiap kali Watie main flash card dengan anak. Kenapa Watie sebut "main"? Sebab ia sememangnya sessi permainan dan bukan pertandingan. Bila kita main, no rules, no worries, kita happy dan tidak berorientasikan hasil dan keputusan. Kenapa nak risau dan sibuk dengan "end result" jika kita tahu pada akhirnya result dia akan jadi sangat baik dan mengejutkann? (Seperti mana anda terkejut bila pertama kali tgk anak orang lain "membaca" di usia muda kan? Sekarang tak terkejut lagi bila anak sendiri pun menunjukkan outcome yang sama!) Saya terima banyak msg dan emel dari ramai kawan-kawan yang memberitahu perkembangan anak masing-masing selepas menerima consultation, membuat pembelian produk-produk yang saya syorkan dan mendengar nasihat saya. Saya tumpang gembira dan bangga dengan anda serta anak genius anda. Now you believe that ALL BABIES ARE GENIUS kan? :)

Ada juga yang tanya saya, macam mana Watie ajar anak spelling? Watie ajar ABC tak? Dia kenal huruf ker? Dia menghafal ker? Dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan, saya tak ajar anak spelling, saya tak ajar anak saya ABC, anak saya kenal semua huruf, anak saya antara menghafal dan tidak. Mula-mula dulu, looks like dia menghafal, tapi lama-kelamaan, bila makin banyak perkataan dia tgk, dia dah boleh decode the words, dan perkataan yg dia tak pernah tgk pun, bila kita tunjuk, dia boleh baca. Bila words yang suku katanya panjang, ada juga yang dia silap sebut, tapi as usual, saya dengan happynya akan betulkan dan sebut dengan jelas TANPA SEDIKIT PUN RASA KECEWA SEBAB DIA SALAH SEBUT! Kenapa saya besar dan birukan ayat sebelum ni? Sebab ada ibu yang saya jumpa FRUST sebab anak dorang salah sebut atau tak sebut langsung perkataan yang disuakan pada mereka. Umur anak berapa? Dalam lingkungan 15 - 19 bulan! Wahai Mommy, setiap kali kita main dengan anak, the KEYWORD yang mesti selalu ada dalam fikiran kita- FUN! It must be FUN! Jangan risau tentang hasilnya, apa yang lebih penting kita bergembira dengan anak. Jangan risau Mommy, mereka akan tunjukkan kebolehan mereka when YOU LEAST EXPECTED IT! Kalau Mommy sungguh-sungguh, terlebih semangat nak tgk anak bijak ker tak, setiap jam main flash card pastu asyik test jer anak pandai jawab ker tak, memang takder nya anak you nak layan. Kita balik kena main! Dorang pulak yang duk gelakkan kita dalam hati.Hehehehe..Jadi, lebih baik Mommy have fun, rasa enjoy dan puas main ngan anak sambil gelak ketawa. Aura positif yang kita berikan pada anak ini yang akan buatkan anak kita rasa tenang dan tak tertekan untuk tunjukkan kepandaian mereka. Yang penting, kita REPEAT the activities on daily basis tanpa jemu. :)

Ok, dah banyak bebel lah nih.. Larat lagi ker uols nak baca nih? Hhehehe.Sorrylah, Teacher Watie nih kalau dah mula membebel, memang payah nak stop! Wakakaka.. Okeh okeh .. kita terus ke cara yang pertama. Dalam video pertama nih, kalau anda tengok, cara pertama yang Watie gunakan adalah teknik "Satu Kad Satu Saat" seperti yang pernah keluar dalam paper Metro tu. Bergantung kepada tahap fokus anak, anda mungkin boleh gunakan 5 kad sebagai permulaaan. Kalau fokus anak makin meningkat, boleh tambah another 5 cards to make it 10. Pastikan jarak mata anak dengan kad jangan terlalu dekat sebab tak bagus untuk view mereka. Nanti senang juling, especially baby kan memang ada juling-juling air sikit masa awal2 usia tu. So, kena pastikan at least 8-12 inci jaraknya antara kad dengan anak. Pastikan anak pandang ke arah kad, I know its not easy coz as I said, sometimes attention span anak tak lama. Sebab tuh Watie suh start dengan 5 kad dulu. Bila anak pandang, terus imbaskan kad tuh dengan cepat - 1 kad 1 saat. Kalau lepas 5 saat, anak masih pandang, just continue the same kad, maknanya mungkin anda boleh buat 2 continuos session for the same card. Pastikan bila Mommy tunjuk kad dan sebut perkataan tuh dengan jelas pada waktu yang sama, jangan kelam kabut nak tukar ke kad baru, sampai apa yang u sebut tak sama dengan apa yang u tunjuk kat anak. Lain jadinya kang. Hehehe.. So, memang Mommy kena praktis dulu. Time anak tidur tuh, just berlatih slip over the card one by one, very fast, tak yah sebut dulu perkataan tuh, berlatih slip kad jer. Bila dah ok, baru berlatih sebut dengan betul. Secara tak langsung, pronounciation Mommy pun akan jadi lebih bagus, sebab ia penting untuk anak dengar apa yang kita cakap, so kalau Mommy punya sebutan tak betul, nanti anak pun sebut tak betul di kemudian hari.:)

Ada yg tanya Watie, kad apa nak tunjuk? Flash card biasa boleh ker? Watie strongly suggest kad yang hanya tertulis perkataan sahaja, sebab kita nak anak kita cepat baca kan? Mestilah kena tunjuk perkataan, kalau tunjuk gambar, memang dia akan tgk gambar jer, dia takkan tengok pun perkataan tu. Unless anak kita dah pandai baca, bila kita suakan gambar + perkataan, dia boleh baca juga sebab dia akan tgk perkataan dan kemudian relatekan dengan gambar. Macam mana Watie tahu? Sebab Watie pernah main dengan Qarissa, bukan flashcard tapi jigsaw puzzle. Kecik jer jigsaw tuh, Watie tunjuk dia jigsaw BIRD & PARROT dalam masa yang sama. Kalau tgk gambar, sama jer kan? Kids yang belum tahu baca mungkin akan sebut BIRD jer for both jigsaw (sebab dia based on gambar semata).Tapi, Qarissa sebut BIRD & PARROT & masa Watie tunjuk tuh, Watie fokus kat mata Qarissa, nak tengok dia pandang tak perkataan kecik bawah gambar tu, ternyata dia memang pandang perkataan dulu, baru tengok gambar.

Flash card ada banyak cara nak dapat..boleh beli, boleh guna software Little Reader, boleh buat sendiri..Kalo tak mahu beli, Mommy kena lah rajin sikit, buat sendiri flashcard tuh dan main dengan anak. Nak buat sendiri, blh baca disini..Nak seribu daya, takmo seribu dalih kan? Heheheh..So, Mommy boleh try cara pertama ni masa main ngan anak kay. This is what they call sight words, terus tunjuk the whole word, tak yah buang masa nak eja-eja bagai.

Teknik Satu






Ok, cara kedua pula sama dengan cara pertama CUMA BEZANYA - anda tunjuk atau point jari telunjuk anda dari kiri ke kanan perkataan di dalam flash card itu, jadi anak anda tahu membaca adalah dari kiri ke kanan. So, mungkin akan amik masa dalam 2 saat atau lebih sikit, bergantung pada kecekapan anda mengimbas kad tersebut dengan laju. Thats y Watie strongly suggest Mommy @ Daddy berlatih untuk imbas kad masa free time, cthnya bila time anak tidur. Tak payah baca kad pun, just berlatih to flash laju-laju jer, bila dah pandai dan cekap, baru start to read pulak the word sambil imbas kad. But we must make sure apa yang kita sebut tuh TEPAT - the PRONUNCIATION tuh mesti betul. Ni penting sebab kalau kita salah sebut, bunyi dah lain, anak kita akan absorb apa yg kita sebut. Another thing, kita kena pastikan kad yang kita imbas sama dengan apa yang kita sebut. Tak boleh kelam kabut sampai apa yang kita sebut tak sama dengan apa yang kita tunjuk. Cthnya, kad pertama APPLE dan kad di belakang APPLE adalah BALL. Nak cepat punya pasal (sebab Watie kata satu kad satu saat kan ..hehehe) so, kita sebut APPLE tapi dalam masa yang sama kita dah angkat kad APPLE tuh dan anak pulak nampak kad yg tertulis perkataan BALL masa kita sebut APPLE tu, so cara ini pun salah. Salah besar tuh. Hehehehe... So make sure apa yang kita sebut betul dan masa kita flash pastikan anak fokus dan dgr serta nampak perkataan yg betul ok. Ada juga Mommy yg kata English mereka tak power sgt, jadi mereka takut nak guna flash card tuh, nanti sebutan kat anak pun tak betul. Ok Mommy, saya bukan suh Mommy jadi mat salleh in order to play the flash card, yang penting SEBUTAN tuh mesti betul, tapi kalau Mommy tak sure, Mommy mmg kena study balik atau dengar kat internet bunyi yg betul, atau tanya lah sesiapa. Malu bertanya sesat jalan kan? Hehehe, terus terang, saya pun dulu bukanlah power sgt pun English, saya masih ingat lagi, masa buatkan file untuk Qarissa dulu, saya tak pasti nak sebut CROW (burung gagak) tuh bunyinya OO atau OW. Saya cek kat internet. Memang leceh tapi tuh bukan alasannya kalau betul nak pandai. Sebenarnya kesilapan yang kita lakukan yg akan buat kita ingat sesuatu perkara itu sampai mati kan? :) Bagi parents yang beli LR tuh, tak risau sgt sebab dalam software, memang kita leh dengar dengan jelas sebutannya kan? Siap ada 3 suara yang berbeza lagi. So, time kita duduk sama-sama dengan anak tuh, we are also learning to pronounce the word dengan betul &amp;amp;amp;amp; bila kita pakai flash card tanpa software, kita dah tak risau lagi. In fact, tanpa sedar akan turut sama memperbaiki our pronunciation di mana kita sendiri dapat bezakan sebutan yang bunyinya dekat-dekat macam T dan D. Tu yang berlaku pada diri saya. I have to admit that my English especially my pronunciation is getting better is because of the LR software. :)<br /><br /> Cara Kedua: Sight Word With Zayra, &

Cara ketiga pula adalah apa yang saya panggil Multisensory Time. Pada waktu ini, masa bukanlah sesuatu yang penting, we can take our own sweet time untuk tunjuk flash card kat anak (tapi janganlah melampau sangat lamanya untuk satu kad..ehhehe.. kita boleh agak-agak kan?), sebabnya kita akan tunjuk gambar sekali. As uols know and admit, babies and kids memang suka sekali tgk gambar kan? So, inilah masanya untuk kita berinteraksi dengan anak, cerita tentang gambar yang related dengan perkataan yang kita tunjukkan itu. Cara ketiga nih, kita boleh gabungkan cara kedua dan terus bukak @ flip flash card sambil kita terangkan apakah maksud perkataan yang kita sebutkan tuh. Untuk lebih menarik, kita mesti buat voice, buat mimik muka, buat sound dan buat apa sahaja lah yang perlu untuk menarik perhatian anak kita to keep on looking at the flash card. Contohnya, bila kita flip the flash card tuh, kita cakap PEEK A BOO! Dengan suara ala-ala terkejut dan suprise! (suprise sangattttttt...padahal dah nak muntah darah kita ulang the same card kan? Wakakakakka). Ajak anak sekali untuk buat apa yang kita buat. Baby will try to imitate us. Memang sangat fun ok! Sebab dia akan fokus lebih lama kalau tgk gambar, itulah juga reason kenapa kita mesti tunjuk perkataan dahulu dan pisahkan gambar dengan perkataan tuh, sebab kalau dia tengok gambar dulu, peratusan untuk dia tengok perkataan sahaja adalah sangat sedikit, mungkin tak tengok langsung agaknya. :) Sebab tuh saya sering ulang pada pelanggan saya - JADIKAN GAMBAR SEBAGAI HADIAH ATAU REWARD KEPADA ANAK. Bila dia tengok perkataan yang kita suakan, kita jadikan gambar sebagai hadiah. Sebab tuh buat masa sessi ketiga. Last part. :) Time tuh juga, kita boleh bersenang lenang sikit, maksud saya, kita tak terikat pada waktu satu @ 2 saat seperti cara pertama dan kedua tu. :) Anda boleh tengok contoh dalam video You Tube di bawah.









*secara peribadi, saya (pemilik blog FianiEshop & Comels) amat mengkagumi ibu yg bernama Watie ini. sy dah lama follow kesah-kesah dia dan anak-anaknya melalui blog peribadinya. banyak pengalaman2x dia dlm mendidik anak2 yg dikongsikan dlm blognya itu yg bole dijadikan contoh dan ikutan mommies sekalian
kepda yg berminat untuk membaca kesah Watie dan anak2x boleh pergi ke blog personalnya di  :http://www.geniusbabyonboard.blogspot.com

Teknik Didik Anak Membaca

Assalamualaikum



Bersama Othman Ahamad


Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy



Bolehkah anak berusia 15 bulan membaca? Apa pandangan anda? Mustahil bukan? Tetapi pada usia inilah anak anda perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca supaya pada usia 3 tahun nanti mereka bersedia untuk membaca.

Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan.

Sedikit demi sedikit bentuk dan corak tersebut menjadi lebih jelas dan biasa dengan mereka. Seterusnya mereka akan mengaitkan bentuk-bentuk tertentu dengan bunyi-bunyi tertentu. Biasanya mereka akan membalik-balikkan muka surat yang dibaca, menunjuk-nunjuk benda yang telah biasa dilihat dan kadang kala mendengar apa yang diceritakan dan mengikut bersama bercerita dengan bahasanya sendiri. Melalui bukulah, kanak-kanak dapat membina bahasa, belajar mendengar, memahami dan bercakap dan menggalakkan komunikasi. Buku juga bukan sahaja dapat meluaskan imaginasi dan pengalaman mereka tetapi juga membantu mereka memahami situasi dan cara orang disekelilingnya berinteraksi.

Oleh itu ibu bapa bukan sahaja perlu bijak memilih buku yang sesuai tetapi juga pandai menggunakan buku untuk merangsang minat membaca kepada anak-anak kecil.

Pada awalnya, pilihlah buku yang mempunyai ilustrasi binatang seperti kucing, ikan, ayam dan sebagainya, objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat, dan sebagainya yang jelas, besar dan berwarna warni.Bercakaplah mengenai benda-benda di dalam buku tersebut seperti warna, bentuk, bunyi berkaitan dan kegunaannya. Namakan benda atau objek yang dilihat dengan sebutan yang jelas. Buku-buku yang interaktif dalam konteks ada bahagian gambar yang boleh ditarik, ditekan, diselak sangat menarik minat kanak-kanak supaya terlibat secara langsung dalam sesi membaca. Rangsang minat anak anda dengan menggalakkan mereka menarik, menekan, mencungkil dan menyentuh bahagian-bahagian tersebut. Jangan terlalu sayangkan buku sehingga mereka tidak dapat menyentuhnya. Aktiviti-aktiviti sebeginilah yang akan menjadikan mereka lebih berminat dengan buku dan merangsang otak mereka.

Seterusnya dapatkan buku-buku nursery rhymes dengan kisah-kisah lama yang menarik dan penuh dengan hiburan dan pengajaran. Lagu-lagu yang dikaitkan dalam cerita-cerita ini dapat menarik minat mereka kepada buku dan seterusnya kepada cerita-cerita yang berlagu ini.Beberapa cadangan berikut mungkin dapat membantu anda menarik minat mereka kepada buku.

Adakan sesi membaca bersama-sama. Bacakan buku sambil mendakap mereka.

Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang yang dilihat dengan bersungguh-sungguh dan 'real'.

Libatkan aksi dan pergerakan , contohnya menggerakkan tangan seperti belalai gajah apabila bercerita.

Tanyakan soalan-soalan seperti berikut:

eh besarnya bola ini. Ani suka bola?


Yang mana satu sudu yang Amir suka?


Apa yang warna biru tu?


Apa jadi selepas ini?


Bercerita dengan bahasa yang mudah. Contohnya: " Ini kucing. Bunyi kucing 'meow' 'meow' 'meow'. Kucing suka makan ikan"

Untuk sesi membaca atau bercerita bersama, lakukan beberapa cadangan berikut:

minta anak anda mencari muka surat pertama atau permulaan cerita.

sambil membaca, tunjukkan teks perkataan yang dibacakan. Ini akan membantu anak itu memahami arah pergerakan apabila membaca dan memahami secara tidak langsung bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan, bukan hanya gambar-gambar.

minta anak anda membalikkan muka surat untuk anda.

tokok tambahkan cerita yang dibacakan dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham.

tanyakan kepada mereka apa yang terjadi selepas ini.

apabila mereka telah biasa dengan cerita yang dibacakan, minta mereka ceritakan kembali cerita tersebut.

Apabila kanak-kanak sudah mula jinak dengan buku-buku cerita atau buku gambar, anak anda mungkin telah bersedia untuk diperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak anda. Oleh itu sambil anda membacakan cerita tersebut, terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat yang ada pada teks yang dibacakan. Contohnya 'a', anda boleh menyebut:

"Ah, cuba lihat ini. Ini bunyinya 'aaa' (untuk huruf 'a')"

"Yang ini pula 'beh' (untuk huruf 'b')"

Pastikan anda tidak memperkenalkan huruf yang dilihat itu dengan namanya, iaitu 'ei' bagi huruf 'a', atau 'bi' bagi huruf 'b'. Kanak-kanak hanya perlu diperkenalkan dengan bunyi huruf sahaja iaitu 'aa' (untuk 'a') dan 'beh' (untuk 'b') kerana nama-nama huruf tidak ada makna bagi seorang kanak-kanak kecil. Bahkan mengajar nama-nama huruf, bagi seorang penulis buku, Professor Robert K. Logan dalam bukunya, The Alphabet Effect, mengatakan 'teaching a,b,c is the first road block to reading.'


Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger