FianieEshop&COMELSStore.blogspot

FianieEshop&COMELSStore.blogspot
FianieEshop&COMELS Store.blogspot merupakan blog yang Menjual barang serbaneka secara online. Blog ini diwujudkan untuk menjadi medium perkongsian dan info -info tentang produk2x yg terdapat di kedai kami..semoga blog ini menjadi manfaat utk semua pelanggan mahupun yang sudi menyinggah ke blog ini..Sila klik pada gambar banner kedai kami di atas untuk terus ke kedai online kami. sekian terima kasih..

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman

Dapatkan Set Pen Pintar My Iman . Set pembelajaran anak-anak yang pasti buat anda teruja. Klik pada banner diatas untuk info lanjut dan tempahan. Agent juga dikehendaki!

Rabu, 21 November 2012

Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Bahasa Melayu

Assalamualaikum wbt


Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Bahasa Melayu

Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.

Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Jadi, produk Set Bacalah Anakku ini mengikut Kaedah Fonetik

Pakej ini terdiri daripada Set Bacalah Anakku dan VCD Abu Ada Ayam

Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 983-867-239-4


Harga : RM62



Kandungan Set Bacalah Anakku seperti dibawah:

8 Buah Buku,
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak,




1 VCD Panduan Mengajar dan

12 Keping Kad Imbas







Mengenai Produk

Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.
Keistimewaan Produk


Sistem Fonetik
Suku kata mudah
Bermakna dan berulang
Dua warna
Berima
Kurang Gambar



VCD Phonic Bahasa Melayu



Kandungan Pakej: VCD lagu Abu Ada Ayam, 30 keping kad tunjuk & 1 buku mewarna


Penerbit: ReadNetwork

Tahun: Mei 2007

Mengenai Produk

Lagu Fonik Abu Ada Ayam dapat membantu guru dan ibu bapa memperkenalkan bunyi kepada pelajar melalui nyanyian dan aksi-aksi asosiasi yang menyeronokkan. Bunyi-bunyi yang diperkenalkan dalam lagu ini adalah mengikut susunan bunyi yang diperkenalkan dalam buku Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.

Keistimewaan Produk
Berasaskan Sistem Fonetik
Suku kata mudah
Bermakna dan berulang
Diiringi lagu Abu Ada Ayam (Rentak boria dan Nursery Rhyme)
Berima
Disertai Gambar




Shipping Weight: 1114gram
86 Units in Stock

Postage pos laju :
Kos Pos Laju Ke Semenanjung Malaysia (1 x 1,114.00gram) (Semenanjung Malaysia)RM9.80
Kos Pos Laju Ke Sarawak (1 x 1,114.00gram) (Sarawak)RM14.40
Kos Pos Laju Ke Sabah (1 x 1,114.00gram) (Sabah)RM17.00

Utk order atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :)

Sila layari Facebook Fanpage Store saya di : 
COMELS:Child Of Mind Exciting Little Store : 

Atau hubungi saya dengan cara :PM FB COMELS : Child Of Mind Little Store,
SMS/Call/Whatsapp: 0173510627 
Email comels@islamicbooks.com.my

Rabu, 8 Ogos 2012

Pakej LENGKAP VCD Belajar Solat Dan Buku Belajar Bersama Upin Dan Ipin

Assalamualaikum wbt 

 Comels: Child of Mine Exciting Little Store memperkenalkan produk pembelajaran baru untuk anak-anak genius anda belajar iaitu Cara mudah dan gembira untuk mengajar anak solat, ajar anak puasa dan ajar anak tentang sains.. Yg lebih menarik adalah anak-anak anda boleh belajar dgn suasana yg menyeronokkan kerana koleksi buku Upin Ipin ada menemani anak anda dlm pembelajaran ini. Ianya tentu menyeronokkan buat anak2 yg menggemarkan watak upin ipin tersebut.


Dapatkan PAKEJ VCD SOLAT DAN KOLEKSI BUKU UPIN IPIN.. 

Harga RM45 
Kos pos Ke seluruh Malaysia RM6 guna pos Ekpress.. boleh request untuk poslaju juga. 

 Pakej ini terdiri daripada :
VCD Animasi Panduan Praktikal Solat dan juga Koleksi Buku Upin Ipin yang Terdiri dari 3 tajuk iaitu: 

-Belajar Solat Bersama Upin Ipin, 
-Berpuasa Di Bulan Ramdhan dan juga 
-Mari Belajar Sains Bersama Upin Ipin. 
 -Percuma Miniposter Praktikal Wudhuk dan Solat. 

 Video ini dalam bentuk kartun yang mudah difahami untuk mengajar anak anda tentang wudhuk dan solat.

   Isi Kandungan Video Animasi Panduan Praktikal Solat:

Mempelajari cara menunaikan ibadah solat yang baik dan benar yang mudah di aplikasikan khususnya bagi kanak-kanak yang baru memulakan belajar solat. 

dalam VCD ini kita akan belajar: 
 1. Mengenal jenis-jenis air. 
 2. Jenis-jenis yang membatalkan wudhuk. 
 3. Cara-cara ber-wudhuk beserta bacaannya. 
 4. Cara-cara azan. 
 5. Cara-cara iqamah. 
 6. Dan cara-cara menunaikan solat beserta bacaan dan Buku Belajar Solat Bersama Upin Ipin Jom Ajar Anak Solat Dengan Buku Upin Ipin. Mesti anak-anak sangat suka belajar solat dengan upin ipin.

Buku yang diterbitkan bertujuan untuk ajar anak tentang Solat, daripada mengambil wudhuk hingga selesai Solat. Buku ini dapat mengajar kanak-kanak secara praktikal dengan gambaran grafik yang lengkap. Buku Berpuasa Di Bulan Ramdhan Bersama Upin Ipin Belajar Berpuasa Di Bulan Ramadhan Bersama Upin Ipin. Anak-anak lebih rajin berpuasa di Bulan Ramdhan Buku Belajar Sains Bersama Upin Ipin Buku Sains bertajuk KITAR SEMULA yang berkonsepkan komik ini diilhamkan oleh Institut Terjemahan Negara dalam merangka satu perubahan bentuk baru dalam dunia pembacaan. Konsep yang baru ini mendapat kerjasama dari pihak Les’Copaque Production. Buku ini sesuai untuk pendedahan awal kanak-kanak kepada asas subjek sains dan mengalakkan kita untuk mengitar semula barangan terpakai bagi menjamin satu kualiti hidup yang sihat. 

 Jika berminat untuk mendapatkan pakej ini,
Sila PM FaceBook Fanpage COMELS : Child Of Mind Exciting Little Store. 
 Atau SMS/Call/whatsapp: 0173510627 
Email comels@islamicbooks.com.my 

 Terima Kasih. Selamat Berpuasa!:)

Selasa, 7 Ogos 2012

Buku Dan VCD Animasi Panduan Praktikal Solat Upin & Ipin

Assalamualaikum wbt 

 Buku Belajar Solat Bersama Upin Ipin.
Jom Ajar Anak Solat Dengan Buku Upin Ipin. Mesti anak-anak sangat suka belajar solat dengan upin ipin.Buku yang diterbitkan bertujuan untuk ajar anak tentang Solat, daripada mengambil wudhuk hingga selesai Solat. Buku ini dapat mengajar kanak-kanak secara praktikal dengan gambaran grafik yang lengkap.

PAKEJ VCD SOLAT DAN BUKU SOLAT UPIN IPIN.. 

 Harga RM30, 
 Kos pos ke seluruh Malaysia RM6.. 

 Pakej ini terdiri daripada VCD Animasi Panduan Praktikal Solat dan juga Buku Belajar Solat Bersama Upin Ipin. 
Cara yang mudah dan menggembirakan anak anda untuk belajar tentang solat. 
 Percuma Miniposter Praktikal Wudhuk dan Solat Video ini dalam bentuk kartun yang mudah difahami untuk mengajar anak anda tentang wudhuk dan solat.

Isi Kandungan Video Animasi Panduan Praktikal Solat:
=Mempelajari cara menunaikan ibadah solat yang baik dan benar yang mudah di aplikasikan khususnya bagi kanak-kanak yang baru memulakan belajar solat. dalam VCD ini kita akan belajar: 

 1. Mengenal jenis-jenis air. 
 2. Jenis-jenis yang membatalkan wudhuk. 
 3. Cara-cara ber-wudhuk beserta bacaannya. 
 4. Cara-cara azan. 
 5.Cara-cara iqamah. 
 6. Dan cara-cara menunaikan solat beserta bacaan.

  

Utk order atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :)

Sila layari Facebook Fanpage Store saya di : 

Atau hubungi saya dengan cara :PM FaceBook COMELS : Child Of Mind Little Store,
SMS/Call/Whatsapp: 0173510627 
Email comels@islamicbooks.com.my

Isnin, 6 Ogos 2012

Pakej VCD Kartun Islamic Untuk Anak Genius Anda. Tersangat JIMAT!

Assalamualaikum wbt 

 COMELS STORE menjual pakej VCD pembelajaran Anak berbentuk islamik. Jom teruskan pembacaan untuk mengetahui produk apa yang dipromosikan ini?


Sila klik gambar di atas untuk view yg lebih jelas.:) 

 Pakej 9 VCD Kartun Islamic untuk anak-anak genius Anda! 

 harga untuk 9 unit VCD ini ialah RM163. 

 Kos poslaju adalah spt berikut: RM8.50 untuk semenanjung Malaysia, RM12.45 untuk sarawak dan RM14.40 untuk sabah . 

 Utk order atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :)

Sila layari Facebook Fanpage Store saya di : 

Atau hubungi saya dengan cara :
PM FaceBook COMELS : Child Of Mind Little Store,
SMS/Call/Whatsapp: 0173510627 
Email comels@islamicbooks.com.my

Ahad, 22 Julai 2012

Nak Anak Bijak,Ibu Bapa Perlu Bijak Juga Ke?

Anak yang bijak adalah anak yang mempunyai keupayaan memproses maklumat, menyelesaikan masalah, dan mampu berfikir sebelum bertindak. Itu adalah takrifan saya dalam artikel kali ini. Takrifan bijak, pandai dan pintar sudah tentu berbeza-beza mengikut kehendak mereka kepada anak mereka. Namun, semua ibu bapa mahukan anak mereka bijak, pandai dan pintar.

Namun adakah ibu bapa juga perlu bijak untuk mendidik anak mereka menjadi bijak? Jawapan saya adalah YA dan TIDAK.

YA, kerana ibu bapa perlu bijak dalam mengawal emosi diri, mendidik emosi anak, mendidik anak bersosial, mendisiplinkan anak dalam pembelajaran serta mendidik anak berakhlak mulia. TIDAK kerana ibu bapa yang bijak atau pandai tidak menghasilkan anak yang pandai sekiranya ibu bapa sendiri tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak di rumah, malah menyerahkan segala-galanya kepada guru.

Kesimpulannya, untuk menghasilkan anak yang bijak, ibu bapa perlulah mementingkan pendidikan di rumah, perhubungan dengan anak dan mempelajari teknik mendidik anak sejak kecil. Tidak kiralah samada ibu atau bapa tidak mempunyai kelulusan yang baik atau ibu bapa cemerlang dalam pelajaran dan masyarakat.

Saya harap pembaca faham apa yang saya maksudkan. Kesedaran mendidik anak akan membuatkan ibu bapa benar-benar mengambil berat akan emosi anaknya, tingkah laku anaknya serta pencapaian anaknya. Saya akan kongsikan apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk merangsang otak anak kita.

Cakap, cakap, cakap.Bercakaplah dengan anak seawal umur anak 1 hari. Mudah sahaja, sekadar memperkenalkan apa yang ada di sekeliling kita. Apabila kita ke pasar, ceritakan apakah jenis sayur, ikan dan daging yang ada. Beritahu anak bawaha kita berada di dalam kereta menuju ke rumah. Sembang dengan anak sewaktu anak bermain. Bercerita dengan anak mampu menggabungkan perkataan dan apa yang dilihat oleh anak. Bercakaplah dengan nada perlahan-lahan, bahasa yang mudah, dan suara yang halus. Tak perlu malu seolah-olah bercakap seorang diri, kerana kita sebenarnya tidak bercakap sendirian. Sebelum anak boleh bercakap, mereka sebenarnya faham apa yang kita cakapkan malah ia mampu mewujudkan hubungan yang baik dengan anak kita. apabila kita mendengar bunyi kucing mengiau, beritahu anak, “bunyi apa tu,” kemudian jawab semula kepadanya, “Itu bunyi kucing.”





Besopan dan bersosial.Anak melihat dan menyerap dengan baik apa yang kita lakukan. Apabila kita selisih dengan kawan, senyum padanya dan berikan salam. Apabila melihat jiran sebelah menjemur kain, tegur mereka dengan baik. Anak kita akan melihat dan belajar cara bersosial dengan masyarakat sekeliling. Apa saja yang kita lakukan, begitulah mereka akan bersdengan rakan sebaya mereka kelak. Kanak-kanak melihat dan belajar berinteraksi daripada kita sendiri. Konsisten


.Otak bayi dapat memproses informasi baru dalam keadaan dan suasana yang ia biasa dengannya. Misalnya suasana di rumah, luar rumahnya atau tempat jagaannya. Oleh sebab itu, berikan informasi baru pada anak di rumah setiap hari. Mereka akan menyerap dan faham dengan baik. Waktu makan dan sembang.Waktu makan adalah waktu yang amat tenang. Mana tidaknya, waktu mengisi perut. 

anak berikan makanan pada anda, senyum dan ucap terima kasih, begitulah mereka akan lakukan sekiranya kita berikan pada mereka. Komunikasi dua hala.Sekadar mengiakan apa yang anak cakapkan pun sudah mencukupi. Apatah lagi bertindak balas dengan baik. Dengan membalas apa yang dicakap oleh anak akan membuatkan mereka lebih motivasi untuk mencuba, bercakap dan belajar. Ketahuilah, ia sangat berkesan untuk anak yang sedang membesar. Ini adalah sedikit tips buat kita semua, dan saya akan kongsikan lagi pada masa akan datang. Adakah anda telah aplikasikannya? Jom kita sama-sama kongsikan… 

 Artikel Berkaitan: Jadilah Ibu Bapa Bijak! 
Kenapa Yahudi bijak? Pendidikan Anak: Lidah Yang Perlu Dibentuk Ibu Bapa Turun Padang, Bukan Melepaskan Batuk Di Tangga Empat Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Ajar Anak Membaca Credit to blog simulation kauthar. Utk dapatkan bahan bacaan utk anak2 pintar,sila semak details  dibawah:

 Utk order atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :)

Sila layari Facebook Fanpage Store saya di : 
COMELS:Child Of Mind Exciting Little Store --->(terdapat pelbagai album buku kanak2x terjual di sini! ) 

Atau hubungi saya dengan cara :
PM FaceBook COMELS : Child Of Mind Little Store,
SMS/Call/Whatsapp: 0173510627 
Email comels@islamicbooks.com.my

Sabtu, 26 Mei 2012

We're Hope To Make Umrah Books

Assalamualaikum


Ada sesiapa plan nak bawak anak kecil pergi umrah bersama? Kalau diceritakan pada yang berumur tiga-enam tahun mengenai apa itu umrah mesti mereka membayangkan pergi berjalan-jalan kan..

Buku "we're off to make 'umrah" insyaAllah dapat membantu mama papa menerangkan mengapa kita akan pergi menunaikan umrah dan apakah aktiviti ibadat yang akan dilakukan. Gambar illustrasi juga jelas menunjukkan pakaian yang perlu dipakai seperti berihram.

Buku ini didatangkan dengan paper dolls yang membantu kita melengkapkan penerangan.:)

We're Off to Make Umrah
RM35/pc (exclude postage)

Contact us at: FB fanpage: COMELS : Child Of Mine Exciting Little Store
Sms/call: 0173510627 (Fiza)





Selasa, 22 Mei 2012

Set Bacalah Anakku :Kaedah Fonetik

Assamualaikum wrt



Bacalah Anakku

Set belajar membaca dah masuk Islamic Books for Kids! =)

Err, sebenarnye dah seminggu lebih masuk. Tapi baru sekarang ada kesempatan nak kabo ;) Ada pelajaran untuk 4 bahasa! Mandarin belum ada lah. Hehe. Kalau ada, saya war2 kan ya :)

Untuk hari ni, saye ceritakan pasal set Bacalah Anakku ek : )
Set Belajar Membaca dalam Bahasa Melayu. Set ni menggunakan kaedah fonetik. Ada 8 buku, 1 buku panduan mengajar, 1 VCD dan 12 set flashcard suku kata dalam satu


Nak cerita, saya ni tak pernah lah belajar eja bahasa melayu guna set ni. Tapi hari tu Huda btau, bagus set ni. Kakak ipar Huda menetap lama di oversea. Ini membuatkan anak sedara dia tak reti langsung baca bahasa melayu. Pastu bila balik Malaysia, kakak ipar tu beli set ni, dan Alhamdulillah, dalam masaSEBULAN JE, anak sedara tu dh pandai bahasa melayu =)


Mak pernah kongsi tentang kaedah fonetik, sebab Mak sendiri gune kat kitorg :P (tapi bukan set ni lah) - Kaedah fonetik ni guna kaedah kenal bunyi terlebih dahulu. Contoh, huruf 'a' bunyinya 'aa'. Senang budak2 nak tangkap bunyi dulu. Berbanding tengok huruf dulu. Banyak juge buku parenting yg


saya baca emphasize, kalau nak anak cepat membaca, JANGAN KENALKAN HURUF A B C terlebih dahulu. Tapi KENALKAN DENGAN BUNYI HURUF, atau ajar eja guna word recognition. Sebab kalau budak kenal a b c dulu, dia akan keliru. Apasal bila sambung huruf B dgn A bunyi nya lain.Yang dia tahu, huruf B bunyi 'bi' bukan 'beh'. Macam mana pulak nak sambungkan dan buat bunyi? Budak2 akan keliru kat situ. Kalau kaedah fonetik, dia akan ajar B berbunyi 'Beh'. A berbunyi 'aa' Jadi bila B bertemu A, dia akan jadi 'beh' 'aa'. Cube sebut adik2, beh aa --> beh.aaa--> baa ;) Nak tahu pelajaran lanjut? Meh la beli satu :D
Lagi yg best dengan SET ABU ADA AYAM. Ada flashcard huruf A - Z, VCD lagu fonetik,dan buku mewarna. VCD nyanyi lagu fonetik set ni memang MENARIK TERTARIK! Bukan nyanyi yang lirik tah hapa- hapa. Tapi nyanyi membunyikan huruf menggunakan kaedah fonetik. Sangat sangat menarik!! =) Kalau budak2 boring tengok buku, boleh lah ajak rehat minda tengok VCD kejap. Atau ajak main warna- warna kat Buku Mewarna dari set ni :D
Preview flashcard huruf A, bersaiz A5. Depan kad ada huruf A, Belakang kad ada gambar Abu bersama ayam-ayam nya ;) Anak associate bunyi 'aa' dgn sebutan 'AA yam' Lagu dlm VCD yg menarik membantu mengajar anak membunyikan huruf A :) Set ni best, sebab sambil have fun, ia nya mendidik =) Nak cuba salah satu set? Jemput hubungi saye: =) PM FB Comels:Child Of Mind Exciting Little Store SMS/WhatsApp/Call 0173510627 Email comels@islamicbooks.com.my

Jumaat, 11 Mei 2012

Baca Pusi Menarik Jom!

Assalamualaikum

Ada puisi menarik saya nak kongsikan..

Sekiranya ibu bapa tahu..

Sekiranya ibu bapa tahu tentang tahap-tahap pembangunan otak anak dari masa
ia berada di dalam rahim ibunya....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa 40%-70% sel otak anak di dalam rahim akan
pupus jika tidak digunakan....

Sekiranya ibubapa tahu pentingnya Vitamin C, EPO, B kompleks, Zat galian,
minyak ikan dan lecithin....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa anak mampu bertutur dalam 3-4 bahasa pada
usia 3 tahun....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa anak berusia 2-3 bulan sudah mula membaca
(dengan hanya melihat & mendengar)....

Gunalah flashacard jika mahu anak membaca pada usia 2-3bulan lagi dimana kajian mendapati rangsangan flashcard adalah medium yg terbaik utk bayi.
Dapatkan flashcard di
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.337672509613048.74966.337352372978395&type=3

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa otak anak akan terencat jika ia tidur
TERLENTANG....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa anak boleh menghafal 50-60 surah pada usia
4-5 tahun....
mula kenalkan anak-anak doa-doa harian di usia setahun lagi
dapatkan buku Doa "Sehari Dalam Hidupku" dan pelbagai lagi islamik books for kids di sini :http://www.facebook.com/media/set/?set=a.355364867843812.78780.337352372978395&type=3

Biasakan anak-anak mendengar ayat-ayat suci al-quran..
Dapatkan VCD Pembelajaran anak-anak terutama VCD pendidikan islamik di
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.337635642950068.74959.337352372978395&type=3

Sekiranya ibu bapa tahu tentang keagungan budi pekerti, kesabaran dan
tawakal ....

Maka lebih ramai anak-anak kita akan memperolehi kesihatan, kewibawaan dan
intelek yang amat tinggi!
Lagi ramai ibu bapa yang sedar akan kepentingan Early Child Education (ECE), maka lagi ramai negara melahirkan anak-anak yg bijak pandai..insyaAllah.
Segalanya di Comels: Child of Mine Exciting Little Store
Sila LIKE untuk melihat pelbagai lagi produk COMELS STORE yang pasti terbaik buat anak-anak anda! =)

Anda ibubapa yang hebat, maka berusahalah untuk mendidik anak-anak juga
menjadi orang yang hebat !

Selasa, 1 Mei 2012

Islamic Books For Kids: Muqaddam Bergambar

Assalamualaikum


Salah satu buku paling LARIS kat COMELS STORE adalah Muqaddam Bergambar =)


Since ramai juga yang tanya mengenai apa itu Muqaddam bergambar, meh sy crita serba sedikit :) Ramai tanya- brapa page, ada surah apa, alif ba ta ada tak, etc etc

Muqaddam Bergambar ni, memang ada gambar :D Comel2 kartunnya. Kat setiap surah, ada kartun :) Ada surah yang, satu muka surat ada kartun, maksudnya background tu kartun, DI tepi-tepi mukasurat pun ada kartun. Tu utk surah Al- Fatihah. Ada surah pulak, atas dan bawah surah ada kartun, ada surah yg panjang pulak, kartunnya kat awal surah.


Kartun2 ni represent surah tentang apa. Cam contoh surah al-'aadiyat, surah tentang kuda perang kan. Jadi ada gambar kartun kuda skali kat ctu ;) Kalau contoh surah al-ikhlas tentang keesaan Allah, atau Allah itu satu. Jadi kat situ ada gambar org solat kat masjid secara berjemaah, dan juga gambar org tgh sembah pokok, tapi org lain yg tgk buat muka tak best, nak cakap sembah pokok tu dosa, Allah tak suka, manusia pun pasti tak suka! :)


Muqaddam ni tiada alif ba ta :) Ia nya dimulakan dengan Surah Al- Fatihah, dan lengkap dengan 30 surah Juz 'Amma. Dari surah An-Naba' hingga surah An-Nas, semua ada. Ada 88 muka surat penuh warna :)

Biasanya saya akan di tanya, sesuai utk umur brapa? Saya suka utk tidak tetapkan umur yg sesuai :) Biasa saya jawab- sesuai bermula setahun lebih, bergantung kepada cara ibu bapa bacakan Muqaddam tu kepada anak masing- masing :) Tak perlu kenalkan dgn alif ba ta dulu kalau nak anak menghafal surah :) Saya akn huraikan lebih lanjut pasal ni ek. Contoh cam Kak Idah, dia stat ngan anak dia masa umur 2 tahun, alhamdulillah anak dia dah boleh hafal 5 surah Juz Amma!! =)) Cara-cara Kak Idah ajar Damia, puterinya, insya-Allah akn saye kongsikan pada entry berikut, biiznillah.. :)

Jenis kertas Muqaddam pulak, bukan plastik. Muqaddam ni kertas nya jenis kualiti tinggi, macam kertas dalam buku teks Tingkatan 5.

Yang paling best, Muqaddam Bergambar ni disertakan dengan PERCUMA CD Juz Amma =) CD Juz Amma ni boleh di pasang dalam kereta semasa nak ke taska atau tadika. Qarinya adalah Misyari Rashid =) CD Juz Amma ni boleh membantu anak kita menghafal surah. Selain dari pasang CD nasyid dalam kereta, apa kata kita selang-seli dgn pasangkan CD Juz Amma :) Anak ni mudah serap apa yg kita dedah kan kpd dia. Macam span- apa yg dia dengar, nampak, semua tu dia serap dan akan echo immediately!

Setakat ni, itu je kot yang saya boleh crita tentang Muqaddam Bergambar. Ni based on frequent asked questions ;) Kalau ada lagi soalan berkaitan Muqaddam Bergambar ni, insya-Allah saya akan catatkan lagi :)

Oh lupa nak cakap, Harga untuk Muqaddam Bergambar ni, PLUS PERCUMA CD Juz Amma, RM 15, exclude postage :) Poslaju ke negeri semenanjung Malaysia, RM 6. Tapi kalau anda berminat nak jadi agent pun boleh ;))

Utk order atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya :)


PM FB COMELS : Child Of Mind Little Store


SMS/Call 0173510627
Email comels@islamicbooks.com.my
BOLEH JUGA BELI VIA CART dikedai online saya : FianieEshop

Latih Anak Fokus Seawal Usia Newborn



Assalamualaikum


Fokus adalah salah satu cabaran ibu bapa bila nak ajak anak membaca. Err, bebudak memang nature ...diorang suka bermain kan.

Tapi, jangan cepat mengalah dan serahkan tugas mendidik anak kepada permainan yang mahal- mahal. Sebaliknya, layan lah anak anda dan follow his nature. Kalau dia suka bermain, ajak dia main dengan buku. Kalau suka ketuk2, ajak dia ketuk2 dgn buku. Kiranya bermain sambil belajar.

Ramai yang tanya, bagaimana nak kasi anak fokus semasa sesi membaca. Saye cerita ikut apa yg sy baca dlm buku dan apa yg saya praktik sndiri kat anak saya ek :)

Cara #1:

Masa Baby, masa newborn, tunjuk kan objek atau kertas berwarna hitam dan putih kat baby. Kalau zaman sekarang ada mainan wrist toy Lamaze yg warna hitam putih belang2. Haa main ngan baby masa dalam pantang. Walaupun dlm pantang, baby nampak macam tak bg respon, tp percaya lah dia berusaha utk interact dgn orang yg paling dia cintai, ibu dia.

Rupa yg macam wisya punya macam kat bawah ni. Tapi memula dia tak pandang pun, jadi saye kene pegang instead of letak kat wrist dia, dan bunyi2 kan sampai dia pandang.

Gambar search kat google


Buku How To Have Smarter Baby yg kat bawah ni beritahu, warna hitam, putih dan merah ni warna kontra. Ia sangat penting utk membantu develop eyesight baby dan melatih mata baby utk fokus. Siap ada cerita bagaimana nak buat simple DIY toys yang berunsurkan warna hitam putih merah terang. Kalau takda sangat, tunjuk kat baby tudung warna hitam, putih atau merah pun ok. Kalau diorang, diorang guna scarf. So,that's colours are so adaptable to baby. jangan pilih kaler lain dah! ingat! hanya warna  hitam, putih dan merah .

Pic dari Gugel


Takpun boleh letak flashcard hijaiyah atau flashcard a b c- gantung2 kat baby cot, bouncer, carseat. Tali sediakan sndiri ek. Hehe. Boleh la lekatkan tali kat flashcard menggunakan pelekat thumbtack tu, pastu gantung atas baby. Masa dalam pantang kan baby just terbaring, blm reti meniarap. Jadi masa tu boleh lah tunjuk2 :)

Flashcard Hijaiyah

Flashcard A B C


Gambar Google
Lebih kurang gantung cam gmbar kat atas ni, tapi ganti toys ni dgn flashcard facing baby. Oh kalau saya ada contoh, sy update gmbr contoh ek, supaya mudah faham :)

Ada mat salleh, siap lekat around baby cot kat bahagian dalam dgn kertas putih yg ada lukisan berwarna hitam. Jadi baby pusing2 nmpak kertas tu je. Kan ke best kalau kertas yg dilekat tu ada unsur utk belajar al-quran atau membaca :) . kita boleh pelbagaikan..


Hah yang ni siap buat wallpaper. Gmbar dari google





Oh, kena stop jap. Next Entry insya-Allah saya kongsi kan cara yang lain ya =) Stay tuned!

P/S:
Kalau nak dptkan Lamaze Wrist toys, boleh hubungi saya
P/S 2:
Buku How to Have Smarter Baby boleh dptkan kat MPH/ Popular atau saye beli kat Kinokuniya KLCC

P/S 3:
Flashcard Hijaiyah dan Flashcard ABC boleh di dapati di kedai sy, klik SINI=) atau

PM FB COMELS : Child Of Mind Little Store

SMS/Call 0173510627
Email comels@islamicbooks.com.my



Credit to khadeejah hasmad <3

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger